seismik

Guru Wanita Maut Lepas Motosikal Hilang Kawalan Sehingga Terbabas Sebab Jalan Rosak

Difahamkan, kejadian berlaku di Jasin, Melaka.

Cover image via Berita Harian (Gambar sekadar hiasan) & Berita Harian

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang guru wanita maut selepas motosikalnya terbabas akibat jalan tak rata berdekatan Jalan Gapam-Bemban di Jasin, Melaka

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 11.20 pagi. Mangsa dipercayai sedang menunggang motosikal menghala ke Gapam dari Bemban. 

Mangsa merupakan seorang guru kanan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Jasin Bestari. Mangsa disahkan meninggal dunia empat jam kemudian di Hospital Melaka.

Image via Berita Harian

Hasil siasatan dipercayai mangsa terlanggar kawasan tak rata sehingga motosikal terbabas

Menurut sumber, Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi berkata kemalangan tersebut disebabkan jalan rosak.

"Hasil siasatan awal kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa dipercayai terlanggar kawasan yang tidak rata kerana terdapat kerosakan pada permukaan jalan hingga hilang kawalan lalu terbabas dan jatuh di kiri jalan.

"Akibatnya mangsa cedera parah di kepala dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 4.20 petang di unit kecemasan," katanya.

Saksi kejadian diminta tampil untuk menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan disebabkan tempat kejadian tiada kamera litar tertutup (CCTV).

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: