Mat Salleh Ini Teruja Dengan Menu Rahmah RM5, Cadang Kerajaan UK Contohi Malaysia
Harga pun berpatutan.
Seperti umum tahu, kerajaan sudah pun melancarkan inisiatif Menu Rahmah kepada semua rakyat Malaysia
Terutama sekali bagi golongan B40 agar mereka dapat menikmati makanan dengan harga yang berpatutan. Menu Rahmah boleh didapati dalam set hidangan lengkap.
Tentu sekali, ia sedikit sebanyak dapat membantu golongan ini. Namun, banyak saja pendapat yang kita boleh lihat di media sosial. Ada yang setuju dan ada juga yang tidak.
Lain pula dengan video Mat Salleh ini apabila dia pula yang teruja tentang Menu Rahmah telah mendapat perhatian ramai.
Lihat video itu di bawah:
Puji inisiatif kerajaan Malaysia sebab bantu golongan B40
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki Mat Salleh berkongsi rasa kagumnya terhadap pengenalan Menu Rahmah di Malaysia.
Dia juga dilihat turut mencuba hidangan lengkap tersebut berserta sayur dengan hanya RM5. Apa yang lebih mendapat perhatian ramai adalah dia telah membandingkan harga hidangan di Malaysia dan juga di negaranya United Kingdom (UK).
Malah, dia juga turut memberi cadangan agar pihak kerajaan UK turut mempertimbangkan inisiatif yang sama di sana.
Image via @KlutzyKucing (Twitter)
"Orang luar pun menghargai" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan reaksi dan padangan masing-masing mengenainya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 81.9K views, 522 retweets dan 1,171 likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:
Semua orang ada pendapat masing-masing betul tak ;)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment