seismik

Lelaki Ronda Cari Roadblock JPJ Saja Nak Cuba Fungsi ‘Roadtax’ Digital Ini Curi Tumpuan

Sanggup tu.

Cover image via @namasayahaziq_ (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Zaman kini, semuanya lebih mudah dan cepat kerana banyak sistem yang menggunakan secara online

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga tidak melepaskan peluang untuk memperkenalkan sistem baru mereka iaitu MyJPJ.

Aplikasi MyJPJ hanya satu daripada opsyen bagi mendapat salinan digital untuk cukai jalan dan lesen memandu. Disebabkan itu, ramai yang ingin mencuba aplikasi baru ini sama ada ia berfungsi atau tidak.

Sama seperti seorang lelaki ini apabila dia sehingga sanggup mencari roadblock demi untuk mencuba sistem terbabit telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video itu di bawah:

@namasayahaziq_ lepas buang roadtax di cermin,kita ronda cari roadblock..nak jadi cerita,jumpa roadblock JPJ..bukan selalu JPJ nk puji nih..#jpjmalaysia #roadtaxmati #fyp #kembanghidung original sound - Ajiq Caster

Merantau cari roadblock semata nak cuba aplikasi baru

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki bersama dengan seorang rakan telah membuat keputusan untuk meronda di beberapa kawasan bagi mencari ‘roadblock‘ semata ingin mencuba keberkesanan aplikasi tersebut.

Dapat dilihat juga dia memaparkan cukai jalan di dalam aplikasi tersebut dan menunjukkan kepada pihak berkuasa.

“Lepas buang roadtax (cukai jalan) di cermin, kita ronda cari roadblock. Nak jadi cerita, jumpa roadblock JPJ. Bukan selalu JPJ nak puji nih,”
tulisnya.

"Jadi lambat lah lepas ni, tampal lagi senang tengok terus jalan. Ni kena berhenti buka fone, jenuh lah" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai pandangan mereka mengenai sistem tersebut. 

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.1M views, 59.5K likes dan 1,306 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Jadi, korang rasa macam mana? Okay ke tidak?

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: