seismik

"Terbongkar Rahsia" - Jumpa Surat Beranak Asal, Wanita Tahu Nama Sebenar Lepas 61 Tahun

Riuh semua.

Cover image via @lylynrh (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sijil kelahiran adalah penting bagi setiap orang memandangkan ia adalah mengenai butiran diri kita

Jadi, ia perlu disimpan di tempat yang selamat dan baik kerana ia amat penting untuk masa akan datang.

Namun, kadangkala ada juga yang terleka dan tidak ingat di mana mereka meletakkan sijil kelahiran itu.

Sama seperti video di TikTok ini apabila seorang individu baru mengetahui nama sebenarnya telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

@lylynrh Dah 61 tahun woi baru tahu nama sebenar dia #fypviral #fyp #foryou original sound - Lyana

Riuh satu rumah lepas jumpa briefcase yang berisi surat beranak asal

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang gadis sedang merakam momen lucu bersama keluarganya di rumah mereka.

Difahamkan, pada awalnya mereka ingin mencari sesuatu namun terjumpa satu beg bimbit yang sudah 13 tahun tidak dibuka. 

Namun, selepas membuka beg tersebut, alangkah terkejutnya mereka apabila terjumpa surat beranak salah seorang mak cik yang digelar mak teh itu.

Lebih melucukan, mak cik berkenaan selama ini ingatkan namanya adalah Hadiah, tetapi rupa-rupanya adalah Hapidah. Malah, kini usianya sudah pun 61 tahun selepas mengetahuinya.

"Dah 61 tahun jadi Hadiah, sekarang Hadiah surprise" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat keluarga tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 146.7K views, 14.8K likes dan 258 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Lama betul baru tahu nama sebenar weh :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: