seismik

"Still Cakap Bahasa Melayu" - Gelagat Aunty India Melatah Ini Buat Ramai Terhibur

Marah marah pun tetap dalam bahasa Melayu.

Cover image via @iNerd__ (Twitter)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setiap orang mempunyai keistimewaan dan perangai masing-masing

Sudah tentu perangai dalam diri kita tidak boleh diubah contohnya seperti kuat melatah kerana itu memang sifatnya. Sukar untuk dibuang.

Kebanyakan orang suka mengusik orang kuat melatah ini kerana mudah terhibur melihat perangai mereka.

Seperti yang berlaku kepada seorang aunty India ini apabila dia diusik sehingga melatah telah mencuit hati ramai.

Lihat video itu di bawah:

Melatah sampai bertubi-tubi tanya soalan

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang individu sedang mengusik aunty berbangsa India di dalam sebuah rumah.

Lebih melucukan lagi adalah apabila dia melatah dengan setiap persoalan sambil memberikan pelbagai reaksi dan gaya.

Malah, dia juga melatah di dalam bahasa Melayu dan bukannya Tamil. Situasi itu membuatkan orang yang berada di situ tergelak melihat perangai aunty tersebut.

"Tapi dia still melatah dalam bahasa" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat aunty itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 18.9K views, 262 retweets dan 621 likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:

Comel lah aunty, jarang nak tengok macam ni :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: