seismik

[VIDEO] Sambut Kek Berbentuk Kemaluan Lelaki, Wanita Bertudung Ini Terima Kecaman Ramai

Ada juga kek macam ini ya.

Cover image via @AbudiAlsagoff (Twtter)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kek sudah menjadi seperti simbol utama setiap kali sambutan hari jadi seseorang

Ditambah pula dengan tiupan lilin di atas kek. Memang rasa istimewa pada hari tersebut. Sekarang, kita boleh lihat pelbagai jenis bentuk kek yang boleh didapati di pasaran.

Kita tinggal pilih saja nak kek gambar dan bentuk apa, semuanya boleh dilakukan. Namun, sudah tentu bajetnya juga agak berbeza.

Tetapi, lain pula dengan video apabila seorang wanita memegang kek berbentuk kemaluan lelaki di atasnya telah mendapat kecaman ramai.

Lihat video itu di bawah:

Selamba tunjuk kek tersebut pada video

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita sedang berada di rumahnya sambil memegang sebuah kek.

Difahamkan, dia sedang meraikan hari terakhirnya sebelum bergelar isteri bersama dengan seseorang ataupun dipanggil bridal shower. Namun, apa yang lebih mendapat perhatian adalah bentuk kek yang dipegangnya.

Kek tersebut berbentuk kemaluan lelaki dan juga siap mengeluarkan seolah-olah seperti sperma daripada kek berkenaan. Difahamkan kejadian itu berlaku dari negara seberang, Indonesia.

"Aku yang tengok pun malu" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut meluahkan rasa geli mereka selepas melihat video itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1M views, 608 retweets dan 1,593 likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:

Macam-macamlah bentuk kek zaman sekarang, kita pula yang takut tengok :/

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: