seismik

"Bukan Budaya Islam" - JAKIM Keluarkan Kenyataan Berhubung Valentine's Day Raih Perhatian

Semoga bermanfaat dan memberi kita kefahaman.

Cover image via @MyJAKIM (Twitter) & Teen Vogue

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Hari Valentine's atau Hari Memperingati Kekasih, ialah satu sambutan tahunan yang diadakan pada 14 Februari untuk meraikan kasih sayang sesama kekasih

Sudah tentu, ramai yang kita lihat sekarang meraikannya bersama pasangan mereka dengan pelbagai aktiviti romantik sempena hari ini.

Namun, setiap tahun pasti ada saja yang berbalas pasal isu hari Valentine's ini. Hal ini kerana ada yang berpendapat umat Islam tidak perlu meraikan pada hari tersebut.

Terbaru, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ada mengeluarkan kenyataan di Twitter berhubung isu Valentine's Day ini yang telah mendapat perhatian ramai.

Lihat posting itu di bawah:

Tidak sesuai disambut oleh penganut yang beragama Islam

Menerusi posting tersebut, kelihatan pihak JAKIM ada mengeluarkan kenyataan berhubung sambutan Valentine's Day di laman Twitter mereka.

"Barangsiapa menyerupai suatu kaum maka ia termasuk sebahagian daripada mereka," Riwayat Abu Daud, No 4031.

Menurut sumber, nama "Valentine" merupakan panggilan nama bahasa Inggeris kepada nama Latin "Valentinus". Sambutan ini dinamai sempena seorang dua martir Kristian purba yang bernama sedemikian.

Menurut tradisi, Hari Valentine merupakan hari bagi para kekasih untuk meluahkan rasa kasih sayang kepada satu sama lain dengan menghadiahkan bunga, menawarkan manis-manisan, dan mengirim kad ucapan.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Fox 4 News

"Ala ini budaya sesiapa saja, bukan agama" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai pandangan dan reaksi mereka mengenainya.

Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan telah meraih 558 retweets, 94 quotes tweets dan 721 likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:

Semoga menjadi iktibar dan sebagai peringatan kita bersama

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: