"Mati Tak Kenal Umur" - Doktor Kongsi Pengalaman Berhadapan Dengan Pelbagai Kes Kematian
Allahu...
Kematian adalah rahsia Allah.
Umat Islam dituntut untuk sentiasa bersedia hadapi mati kerana sememangnya hidup di dunia ini adalah singkat dan bersifat sementara.
Selepas mati, kita akan hidup di alam kubur dan seterusnya hidup yang kekal abadi adalah di akhirat kelak. Apabila sampai waktunya, kita akan pergi jua ke alam abadi untuk menemui Ilahi.
Cara kematian dan bila itu menjadi rahsia yang Maha Berkuasa. Malah, sakit dan tua bukanlah syarat untuk mati, ada juga yang meninggal tanpa sebarang sakit, umurnya habis sewaktu tidur dan sebagainya.
Demikianlah hakikatnya...
Image via Ainul Malik
Kematian juga dikatakan sesuatu perkara yang menakutkan bagi orang yang lalai akan perintah Allah SWT. Kerana susah atau senang sakratulmaut adalah bergantung kepada amalan kita di dunia ini.
Satu perkongsian berbentuk pengajaran telah ditulis oleh seorang doktor yang dikenali sebagai Faiz Mashood tentang kematian dan ianya bertujuan untuk menyedarkan orang ramai
Melalui perkongsian itu, dia telah menulis beberapa pengalaman yang pernah dihadapi olehnya sendiri ketika bertugas di hospital.
Keenam-enam pengalaman tersebut membuatkan dirinya lebih sedar bahawa ajal maut sememangnya adalah rahsia dan ianya terletak di tangan Tuhan, bukannya faktor usia.
Baca penuh di bawah:
Kematian tak kenal umur
Lama tak menulis life kat hospital. Tapi sebenar nye hampir tiap hari aku monolog dalaman berkaitan kematian ni. Tapi tak bercerita. Bukan apa, tak sempat nak cerita. Kang cerita kat wife muram je suasana dalam rumah. Dalam rumah kena happy environment. Haha.
Kat ed ni macam2 jenis kematian ada.
Image via Faiz Mashood / Facebook
1. Usia baru 24 tahun, meninggal dunia akibat asthma
24tahun sampai2 nadi da xde. Taktau sebab. Known case of asthma je. Buat cpr 30min still nadi takde. Announce death. Thats it. Kalau aku ditakdirkan mati umur 24tahun, aku taktau apa je jasa yang aku dah buat. Im not judging others, just talking about myself.
2. Bayi berumur 1 tahun terkena sawan
Baby 1year old sawan sampai sejam tak berhenti2 terpaksa intubate takut brain injury. Kalau lama sgt sawan otak kurang oksigen bole jadi cacat/disturbed development. I dont know what happen then to this baby. I hope baby is well.
3. Bayi sulung pasangan ini baru berusia lima bulan, meninggal akibat tersedak susu
Baby 5months old datang unconscious. Team paramedic dah start cpr 10minit. History dari babysitter baby tersedak susu. Cpr 30minit. No sign of life. Annouced death. Anak sulung. Parents menangis teresak2.
4. Jantung dah berhenti berdegup, Allah datangkan balik dalam masa 10 saat sahaja
Pakcik datang nadi 28 je. Sikit lagi nadi nak kosong. Nadi kosong means no heart beat. Normal range 60-100. Bagi treatment tiba2 nadi hilang. Pacik unconscious. Start cpr. 10saat cpr tiba2 terkejot. Nadi dtg balik. Hebat Allah. Jantung da stop beating pun Dia boleh datangkan balik dalam 10saat je.
5. Pernah cuba untuk selamatkan pakcik berumur 60 tahun, rupanya dia cuba untuk bunuh diri
Pacik 60tahun unconscious. Cpr ongoing. Cubaan untuk intubate x3 fail. Langsung tak nampak ruang untuk masuk ETT(endotracheal tube). Baru perasan kesan jerut di leher. Rupa nye pacik jerut leher untuk bunuh diri.
6. Terjatuh motor, kepala terhantuk di atas jalan raya tanpa memakai helmet. 16 tahun, disahkan meninggal.
Adik 16tahun. Kawan bonceng motor. Adik terjatuh ke belakang kepala terhantuk jalan. Tak pakai helmet. Datang ke ED pupils dilated 4mm. Tanda dah ada brain injury yang agak serius. Ct brain memang ada intracranial bleed. Agak besar. Cerebral edema, otak nampak bengkak. Transfer ke hospital sg buloh untuk pembedahan otak emergency.
Belum sempat ke ot adik pulseless (tiada bacaan nadi) di ED hosp sg buloh. Cpr 30mins. Asystole. Announced death.
"Solat jangan tinggal, aurat jaga, maafkan semua orang dan jangan panjangkan pergaduhan sesama sendiri. Buang ego..."
Kita ni muda2 terlalu nak enjoy. Konon hidup masih panjang. Padahal berapa ramai mati muda tanpa sebab. Dah mati its either 2 je tempat kita. Lepastu 24h kita sibuk dgn kerja la cari duit la famili la entertainment etc
So try to make 24h meaningful. Solat jgn tinggal aurat jaga maafkan semua org jgn panjang2kan gaduh buang ego . Benda ni semua no use. Menyusahkan kehidupan kita lepas mati je.
Kalau 24h sibuk kerja niatkan kerja kita tu lillahitaala nak tolong org nak tolong famili or apa2 niat yg baik. Berapa ramai pergi balik kerja tanpa apa2 niat so kerja hanya dtgkan gaji takdtgkan pahala. Gaji habis kejap je. Pahala tu je yg kita bole buat bekalan.
Perkongsian menarik lain hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment