Ibu Kejam Di Jepun Ini Tinggalkan Dua Orang Anak Kecil Di Rumah Hingga Mati Reput Berbogel

Sedihnya baca...

Seorang wanita yang berasal dari Jepun iaitu Sanae Nakamura, 23 tahun dikatakan telah 'membunuh' dua orang anaknya iaitu Sakurao Hagi, 3 tahun dan seorang lagi anak lelakinya, Kaede Hagi, 1 tahun

Image via Google

Perkara ini berlaku setelah dia dan bekas suaminya berpisah pada bulan Mei 2009 dan Sanae terpaksa membesarkan anak-anaknya seorang diri tanpa bantuan sesiapa. Hal itu membuatkan dia berasa kurang senang.

Dia juga langsung tidak cenderung dalam melakukan kerja-kerja pembersihan rumahnya sendiri sehingga menyebabkan longgokan sampah bertimbun di kawasan apartment yang didudukinya.

Image via Google

Sanae mula bekerja sebagai pelayan seks di sebuah rumah pelacuran pada Januari 2010. Pekerjaan itu juga telah mengubah hidupnya menjadi seorang ibu yang tidak bertanggungjawab kepada anak-anaknya.

Sanae juga dikatakan berpenampilan menarik dan disukai ramai di tempat kerjanya. Malah, majikannya juga turut menyediakan apartment untuk didiami oleh Sanae serta kedua-dua anaknya.

Image via Google

Namun, pada Mac 2010, dia mulai mendapat teman lelaki dan dikatakan sering menghabiskan waktu bersama lelaki tersebut dan sengaja meninggalkan anak-anaknya di rumah bersendirian tanpa makanan.

Situasi ini juga makin kerap berlaku. Malah, tiada siapa tahu jika teman lelaki Sanae sedar atau tidak bahawa Sanae sudah mempunyai dua orang anak. Paling teruk, Sanae hanya akan pulang ke rumah beberapa hari sekali dengan membawa makanan untuk anak-anaknya.

Suatu hari, jiran Sanae terdengar tangisan kanak-kanak dari rumahnya lalu menghubungi pusat kebajikan kanak-kanak Osaka dengan segera

Panggilan telefon yang pertama dibuat oleh jiran tersebut pada 30 Mac 2010. Lalu pada 31 Mac, 1 dan 2 April, dua pegawai kebajikan telah mengunjungi rumah Sanae untuk menyiasat perkara ini dengan lebih lanjut.

Malangnya, tiada siapa yang menyahut panggilan mereka, lalu dua pegawai tersebut terus pulang.

Kedua-dua anak Sanae.

Image via Google

Masih belum berputus asa, jiran Sanae sekali lagi cuba untuk menghubungi badan kebajikan tersebut seminggu kemudian pada 8 April 2010 kerana masih kedengaran dua kanak-kanak tersebut yang kerap menangis sehingga lewat malam.

Pegawai tersebut datang sekali lagi ke rumah Sanae, namun masih tiada yang menjawab panggilan mereka.

Hal ini telah dikatakan sebagai kecuaian pegawai berkenaan dalam menjalankan tugas kerana mereka langsung tidak menemubual jiran tersebut, malah terus pulang tanpa apa-apa siasatan dilakukan.

Sehinggalah panggil ketiga dibuat dan tiada tindakan dilakukan kerana tiada yang menyahut panggilan mereka.

Suatu hari, Sanae pulang ke rumah buat kali terakhir pada awal Jun 2010 dan telah mengunci pintu apartment dan pergi meninggalkan kedua-dua anaknya itu

Perkara itu menyebabkan mereka terperangkap lalu meninggal dunia. Selepas lebih 6 minggu, Sanae kembali pulang ke rumahnya dan mendapati bahawa kedua-dua anaknya sudah meninggal dunia dalam keadaan reput.

Bukan itu sahaja, Sanae lalu terus pergi meninggalkan mereka seolah-olah tiada apa yang berlaku.

“Saya ingat selepas seminggu kemudian, mereka mungkin sudah mati. Jadi saya tak rasa saya perlu pulang untuk selamatkan mereka,”
Sanae

Menurut laporan Japan Times, pihak polis datang ke apartment Sanae kerana mendapat laporan bahawa terdapat bau pelik yang datang daripada rumahnya itu

Pihak polis juga telah memecah masuk rumah Sanae melalui balkoni kerana pintu utamanya telah dikunci.

Pihak polis mendapati kedua-dua mayat tersebut berada dalam keadaan yang amat menyedihkan iaitu terbaring di ruang tamu, berbogel dan dikelilingi oleh timbunan sampah.

Image via Google

Sanae kemudiannya ditahan pada 30 Julai 2010.

Image via Google

“Sejak bercerai pada Mei 2009, saya menjadi penat untuk menjaga anak-anak saya. Saya mahukan masa lapang. Saya harap saya tidak mempunyai anak. Saya tahu mereka tak akan dapat teruskan hidup (mati) jika saya meninggalkan mereka tanpa memberikan makanan atau air,”
Sanae

Sanae dibicarakan di Mahkamah Daerah Osaka atas dakwaan membunuh kedua-dua anaknya itu dan dikenakan hukuman penjara 30 tahun!

Dia juga telah membela diri dengan mengatakan tidak bermaksud untuk membunuh anak-anaknya apabila membiarkan mereka terkunci dalam apartment tanpa makanan serta air selama berminggu-minggu.

Dia kemudiannya dijatuhkan hukuman penjara selama 30 tahun.

Image via Google

Walaupun setelah peguam Sanae membuat rayuan, pihak mahkamah masih mengekalkan hukuman 30 tahun tersebut ke atasnya.

Menurut laporan, Hakim Yusahiro Morioka menjelaskan bahawa tindakan Sanae telah menyebabkan anak-anaknya itu meninggal dunia dan hukuman yang setimpal patut dikenakan terhadapnya.

Kematian kanak-kanak tersebut juga telah diklasifikasikan sebagai kematian yang sangat kejam.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Most-read stories today

Leave a comment