seismik

"Both Of U Cannot Die" - Reaksi Si Kecil Autisme Tentang Isu 'Mati' Buat Keluarga Terkejut

Kanak-kanak yang mengalami autisme sememangnya tidak suka akan perubahan.

Cover image via Twitter @SyazaRahizad

Bagi yang masih belum mengetahui apakah itu Autisme, ia merupakan masalah perkembangan kompleks yang melibatkan interaksi sosial kanak-kanak terganggu akibat masalah kemahiran berkomunikasi dan lain-lain

Antara masalah lain yang selalunya berlaku adalah masalah tingkah laku tidak wajar yang akan berulang, pemencilan diri dan juga mereka akan mempunyai keinginan terhadap sesuatu benda.

Menurut kajian yang dikeluarkan oleh The Asian Parent Malaysia, hampir 47,000 kanak-kanak di Malaysia kini menghadapi gangguan autisme atau lebih dikenali sebagai autistik.

Namun begitu, ianya gagal didiagnosis dengan kadar yang segera kerana ibu bapa mereka tidak tahu akan ciri-ciri penyakit autisme ini.

Image via Ideas

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang ciri-ciri dan tanda-tanda penyakit autisme ini boleh terjadi kepada anak-anak anda, boleh baca sini.

Seorang pengguna Twitter iaitu Syaza Rahizad baru-baru ini telah berkongsi pengalaman di mana adik lelakinya yang menghidap Autisme telah berkelakuan aneh selepas berlakunya sesuatu perubahan

Tweet tersebut juga telah mendapat lebih 11k retweets ketika artikel ini ditulis.

Baca perkongsian penuh di bawah:

Adik bongsunya menghidap penyakit Mild Autisme dan selalunya akan bermain bersama dengan anak-anak kakaknya. Namun...

Ibu terjumpa adik lelakinya menangis di dalam bilik yang gelap seorang diri.

Bila ditanya apa sebabnya, ini jawapan yang tidak disangka....

"Dia sedih, dia tak nak grow up. Dia mimpi kereta accident dan mati. Dia ada juga mimpi pergi airport lepas tu flight tak berhenti..."

Setiap kali birthday, dia akan cakap I DON'T WANT TO GROW UP sebab menurut keluarganya, dia baru mula mengenali apa itu 'mati'

Ayahnya tak pernah dye rambut hitam sebelum ini tapi untuk melegakan hati adik bongsunya itu, terpaksa jugalah.

Tapi Alhamdulillah, tingkah lakunya kini tidak begitu membimbangkan.

Perkongsian ini juga disambut baik oleh pengguna Twitter yang lain dengan berkongsi semula pengalaman yang pernah dihadapi oleh mereka:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga:

You may be interested in: