Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Mayat Nur Farah Kartini Ditemukan, Dipercayai Dibunuh Individu Yang Dikenalinya

Wanita itu dilaporkan hilang sejak 10 Julai lalu dipercayai selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan.

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Wanita yang dilaporkan hilang sejak Rabu lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan ditemukan mati berdekatan Felda Gedangsa, Hulu Selangor di Selangor

Mayat wanita berusia 25 tahun berkenaan ditemukan kira-kira 6 petang dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi mengesahkan berhubung penemuan individu yang dilaporkan hilang berkenaan.

"Polis sudah melakukan tangkapan, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi Harian Metro hari ini.

Image via Shuhaida Soleh (Facebook)

Dilaporkan hilang sejak 10 Julai lalu dipercayai selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan

Pihak polis menerima laporan berhubung kehilangan Nur Farah Kartini Abdullah, 25, pada jam 1.56 pagi semalam.

Difahamkan, wanita itu dilaporkan hilang selepas tidak pergi ke tempat kerja seperti biasa.

"Wanita berkenaan ketinggian kira-kira 163 sentimeter (cm), berat badan 58 kilogram (kg), berbadan sederhana dan mempunyai tahi lalat di bawah mata kiri.

"Dia berpakaian korporat Muslimah warna biru, bertudung dan berseluar 'slack' hitam serta lokasi terakhir di Taman Universiti, Tanjung Malim," kata Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Mohd Hasni berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan Nur Farah dimohon tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim di talian 05-4596122 untuk membantu siasatan.

Image via Polis Daerah Muallim (Facebook)

Image via Polis Daerah Muallim (Facebook)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment