Cari Rezeki Demi Sara Isteri & Anak-Anak, Kegigihan Mekanik OKU Ini Dikagumi Ramai. Power!
Ketiadaan tangan dan kaki bukan penghalang untuk Pak Abu membaiki kereta.
Berstatus orang kurang upaya (OKU) bukan penghalang bagi seseorang itu untuk mencipta nama dan kerjayanya sendiri
Ini kerana kehidupan di dunia perlu diteruskan seperti yang dilakukan oleh Pak Busu.
Image via Facebook Pak Busu
Meskipun berstatus OKU, Pak Busu yang merupakan seorang mekanik tetap cekal dalam mencari rezeki buat isteri serta anak-anaknya. Bukan itu sahaja, sikap dan motivasi dirinya juga wajar dijadikan contoh kepada orang ramai agar terus rajin dan tidak mudah putus asa.
Image via Facebook Pak Busu
Namun begitu, tidak dapat dinafikan kebolehan serta kemahiran Pak Busu ini kadang kala dipandang rendah atau diragui sesetengah pihak gara-gara kekurangan yang dimilikinya.
Menerusi laman Facebook, Pak Busu meluahkan bagaimana dia menyedari sejak kebelakangan ini, perniagaan membaiki keretanya semakin suram dari sehari ke sehari
Menurut Pak Busu lagi, dia merasakan perkara ini terjadi disebabkan orang ramai yang melihat keadaan fizikalnya berasa tidak yakin serta kasihan untuk menghantar kenderaan mereka ke bengkel Pak Busu yang terletak di IM Auto Garage, Melaka.
Image via Facebook Pak Busu
Image via Facebook Pak Busu
Walau bagaimanapun, Pak Busu menjelaskan dia tidak menagih simpati orang untuk dirinya itu. Bahkan sebagai seorang bapa kepada dua anak, dia memikul tanggungjawab untuk mencari rezeki serta menyara isteri dan keluarganya malah turut beranggapan ia bukan satu bebanan.
Ternyata luahannya itu telah tular di laman sosial dan mendapat reaksi positif daripada banyak pihak
Rata-rata warganet memuji kesungguhan Pak Busu dalam mencari rezeki yang halal walaupun dalam keadaan serba kekurangan.
Image via imgur.com
Dalam pada itu, menerusi posting terbaharunya, Pak Busu telah mengucapkan terima kasih kepada sahabat dan warganet kerana membantu promosikan luahan hatinya dan mendoakan agar semua dimurahkan rezeki.
Image via Facebook Pak Busu
Bagaimanapun dia berharap agar penularan kisahnya tidak disalah anggap dan mengundang kecaman daripada segelintir masyarakat.
Alhamdulilah. Sama-sama kita doakan Pak Busu sentiasa dimurahkan rezeki.
Lagi artikel di SAYS Seismik:
Leave a comment