seismik

"Ayah Selalu Dahulukan Anak-Anak" - Pemuda Bagi Hadiah Motor Pada Ayah Buat Netizen Sebak

Video tersebut telah membuatkan ramai warganet tersentuh hati lebih-lebih lagi kerana diiringi dengan lagu 'Titip Rindu Buat Ayah'.

Cover image via Twitter @muhdfaezrazali

Tidak dapat dinafikan ibu sering kali dianggap tokoh paling dominan dalam perjalanan kehidupan anak-anak. Walau bagaimanapun kita tidak boleh melupakan bapa yang turut mempunyai perananannya tersendiri dalam membesaran anak-anak.

Image via Google

Dalam Al-Quran terdapat banyak dalil yang menjelaskan bahawa kita sewajarnya menghormati kedua ibu bapa. Surah al-Nisa’ ayat 4:36, Allah SWT berfirman: “Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa."

Ayat ini jelas menunjukkan bahawa kita perlu menghargai kedua ibu bapa kita dan sentiasa berbuat baik kepada mereka selagi mereka masih ada.

Image via Google

Pengorbanan seorang bapa perlu diingati walaupun beliau tidak selalu dengan kita, tetapi beliau juga banyak berkorban dari segi mencari rezeki untuk membesarkan anak-anak.

Demi anaknya, seorang bapa sanggup berhujan dan berpanas serta mengerah sepenuh tenaga demi mencari sesuap nasi. 

Baru-baru ini seorang pengguna Twitter @muhdfaezrazali telah berkongsikan rakaman video kejutan hadiah yang diberikan kepada ayahnya sempena ulang tahun hari jadi

Dalam perkongsiannya, dapat dilihat Faez telah menghadiahkan ayah tercinta sebuah motosikal. 

Menerusi caption yang ditulis Faez juga, ayahnya tidak pernah terlintas untuk menggantikan motosikal lamanya meskipun berkemampuan setelah memperoleh duit pencen sejak beberapa tahun yang lalu.

Bahkan, wang tersebut akan disimpan oleh ayahnya yang sentiasa mendahulukan anak-anak terlebih dahulu.

Ternyata rakaman video berdurasi 2 minit 10 saat itu telah membuatkan ramai warganet sebak dan tersentuh hati lebih-lebih lagi kerana diiringi dengan lagu 'Titip Rindu Buat Ayah'.

Malah rata-rata memuji dan terinspirasi dengan Faez. Bukan itu sahaja, masing-masing juga mula menanyakan perihal pesanan yang disampaikan ayahnya namun Faez memilih untuk tidak beritahu kerana terlalu peribadi untuk dikongsikan kepada orang ramai.

Antara komen dari warganet:

Alhamdulillah. Seronok rasa bila tengok air muka mak ayah yang dalam kegembiraan. :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel di SAYS Seismik:

Leave a comment