seismik

Kejutan Pelajar Ketenteraan Ini Pada Ibu Bapanya Buat Ramai Netizen Tersentuh Hati. Awhh!

Fahmi merupakan seorang pelajar ketenteraan di Royal Military College Saint-Jean, Kanada, yang mengambil jurusan Seni dan Strategi Ketenteraan.

Cover image via Twitter @Fahmie_yunuss

Membuat kejutan kepada pasangan itu adalah satu perkara normal pada masa kini

Kita selalu menonton video seorang kekasih membuat kejutan kepada pasangannya sama ada untuk menyambut hari lahir, melamar dan lain-lain. Jarang sekali kita menonton video seorang anak membuat kejutan kepada ibu bapa.

Baru-baru ini, seorang pelajar ketenteraan di Royal Military College Saint-Jean, Kanada, telah membuat kejutan kepada kedua ibu bapanya setelah hampir 5 bulan tidak bertemu dengan mereka.

Bukan sahaja ibu bapa Fahmi yang terharu dengan kejutan tersebut tetapi pengguna Twitter yang lain turut tersentuh hati

Untuk membuat kejutan tersebut, Fahmi telah mengaturnya secara terperinci supaya kedua ibu bapanya tidak mengesyaki apa-apa

Fahmi juga telah menyediakan thread Twitter tentang bagaimana dia merancang kejutan tersebut dengan harapan ianya boleh memberi idea kepada mereka yang ingin membuat perkara yang sama kepada ibu bapa masing-masing.

Ibu bapa Fahmi tidak menjangkakan langsung kejutan tersebut kerana mereka dimaklumkan bahawa remaja itu akan berada di rumah keluarga angkatnya di Amerika Syarikat sempena cuti akhir tahun.

Walaupun penerbangannya pulang ke tanah air jatuh pada 8 Disember namun rancangan kejutan itu bagaimanapun terpaksa ditunda seminggu kemudian disebabkan keluarga Fahmi harus ke Indonesia sempena sambutan Hari Keluarga.

Dengan ketiadaan ibu bapanya di rumah, maka Fahmi pun memilih untuk membuat kejutan kepada teman wanitanya terlebih dahulu yang selama ini menjalinkan hubungan secara long distance

Rancangan kejutan buat teman wanitanya itu bagaimanapun 'kantoi' disebabkan aplikasi Spotify.

Kemudian tiba masa Fahmi untuk membuat kejutan kepada ibu bapanya pula. Semasa penerbangan pulang ibu bapanya ke tanah air, Fahmi yang pada ketika itu berada di Kelantan harus bergegas pulang dan terpaksa menghadap kesesakan lalu lintas.

Bagi memastikan kejutan itu menjadi, Fahmi telah dibantu oleh adik-beradik, kawan-kawan serta PA bapanya

Fahmi turut memuat naik paparan skrin perbualannya dengan pembantu peribadi bapanya.

Selesai dengan kejutan kedua, kini tiba masa ibu Fahmi pula untuk dikejutkan dengan kepulangannya

Untuk kejutan ketiga ini, Fahmi telah berkomunikasi dengan adik lelakinya bagi memastikan rancangannya ini berhasil. Fahmi turut berkongsikan paparan skrin perbualan dia dengan adiknya.

Melalui reaksi yang diberikan kedua ibu bapanya, Fahmi merasakan bahawa rancangannya itu berjaya!

Menurut Fahmi, dia memang gemar menonton video kejutan kepulangan para tentera di YouTube dan itulah yang memberikannya motivasi untuk membuat perkara sama

Nasihat Fahmi buat anak-anak di luar sana

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Adik-beradik ini membuat surprise kepada ayahnya dengan menghadiahkan sebuah kereta baru!

Lagi artikel di SAYS Seismik:

You may be interested in: