Mengadu Jam Rosak Dekat Foto Arwah Ibu & Ayah, Lelaki Istimewa Buat Ramai Netizen Sebak
Mengalir air mata.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Setiap orang pasti akan kesunyian jika kehilangan insan tersayang terutamanya ibu dan ayah
Apalah erti hidup ini jika tiada mereka di samping kita. Walaupun ajal di tangan Tuhan, sudah tentu sukar untuk kita meneruskan kehidupan seperti biasa pada awalnya.
Baru-baru ini, tular sebuah rakaman seorang lelaki istimewa di laman aplikasi X telah membuatkan ramai mengalirkan air mata.
Image via @ijanbr (TikTok)
Menerusi video berdurasi 1 minit 28 saat itu, kelihatan lelaki istimewa tersebut sedang memegang gambar seseorang sambil mengadu jamnya rosak.
Apa yang membuatkan ramai sebak adalah, rupa-rupanya gambar yang dipegang itu adalah wajah arwah ibu dan ayahnya.
Dia dilihat masih merindukan kedua orang tuanya itu dan menganggap seolah-olah mereka masih ada.
Netizen sebak melihat caranya mengadu kepada arwah ibu dan ayahnya dan tidak dapat bayangkan perasaan lelaki berkenaan sekiranya gambar itu hilang.
Image via @ijanbr (TikTok)
Image via @ijanbr (TikTok)
Dapat hadiah jam tangan baharu selepas videonya tular baru-baru ini
Menerusi sebuah posting yang terbaru, difahamkan lelaki istimewa itu menerima jam tangan baharu daripada si perakam.
"Ramai gila yang berhati mulia DM saya nak hulurkan bantuan dan kongsi rezeki dengan sahabat kita ni. Tapi saya tak tau macam mana carinya. Alhamdulillah, selesai tanggungjawab saya," tulisnya.
Lihat video penuh di bawah:
"Part dia cium gambar tu, aku tak boleh la. Senang-senang nanti dia tarik mak ayah dia masuk syurga" - Netizen.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment