seismik

Polis Edar Gambar Suspek Simbah Asid Faisal Halim, Minta Sesiapa Mengenali Tampil Ke Balai

Suspek dianggarkan berusia 30-an, berketinggian 165 cm, tubuh bersaiz sederhana dan kulit sawo matang.

Cover image via CNN & Harian Metro

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengedarkan fotofit atau lakaran wajah yang dipercayai suspek serangan asid terhadap bintang Selangor FC, Faisal Halim

Menurut laporan Harian Metro, suspek dianggarkan berusia 30-an, berketinggian 165 sentimeter (cm), tubuh bersaiz sederhana dan kulit sawo matang.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat berkaitan individu berkenaan diminta tampil bagi membantu mengesan suspek yang menyerang pemain kebangsaan itu.

Menurutnya, orang ramai boleh berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bahagian Pendakwaan Undang-undang (D5), Inspektor Jagachandaran Murugesen di talian 012-5848166 atay 03-22666071.

"Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu berwajah seperti lakaran fotofit diminta menghubungi pegawai penyiasat kes atau tampil ke balai berhampiran," katanya.

Terdahulu, pemain yang dinobat sebagai Penjaring Gol Tercantik Piala Asia itu disimbah asid oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat beli-belah di ibu negara pada 5 Mei lalu.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

More stories to read: