Katil Anti-Maksiat Akan Digunakan Di Sukan Olimpik Paris 2024 - "Atlet Dilarang Berasmara"
Atlet dilarang berasmara di 'City of Love'.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sukan Olimpik Paris 2024 dijangka bakal bermula pada bulan Julai akan datang
Menurut laporan New York Post, katil anti-maksiat akan digunakan sepanjang sukan Olimpik berlangsung bagi mengelakkan atlet berasmara.
Katil itu dikeluarkan oleh Airweave, iaitu bersaiz berkembar dibuat daripada bahan kitar semula, sejajar dengan mesej utama acara itu yang mahu menjaga alam sekitar.
Pengarah kecemerlangan alam sekitar untuk jawatankuasa penganjur, iaitu Georgina Grenon menyatakan harapan bahawa usaha Paris 2024 akan menunjukkan inisiatif yang lebih mesra alam.
Difahamkan, sebelum ini tular beberapa cerita tentang aktiviti ranjang yang dilakukan atlet di Perkampungan Olimpik.
Maka, terciptalah katil anti-maksiat ini yang bertujuan untuk mengelak atlet daripada terlalu selesa dan mengurangkan kemungkinan aktiviti seksual di Perkampungan Olimpik.
Sebagai rekod, ini merupakan kali kedua katil anti-maksiat diperkenalkan. Pada Olimpik Tokyo 2020 yang lalu, katil dengan fungsi yang sama turut diperkenalkan oleh pihak penganjur.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!