Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Mengaku Tumpangkan Di Rumah Selama Sebulan, Skandal Terbaru Aliff Aziz Dedah Rahsia Baru?

Siap dedah komplot 'R' nak jatuhkan Bella. Tak expect!

Cover image via @sarahyasminekh (Instagram)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ingatkan sudah reda, tetapi muncul pula kontroversi baru melibatkan Aliff Aziz apabila skandal terbarunya mendedahkan rahsia yang disimpan selama ini

Seorang wanita bernama Sarah Yasmine tiba-tiba muncul membuat pengakuan bahawa dia menjalinkan hubungan cinta dengan Aliff sejak Januari lalu.

Malah, dia bertindak memuat naik kenyataan panjang di Instagramnya, sekali gus membangkitkan semula kehangatan isu tentang Aliff. Malah, nama Ruhainies turut terpalit dan dikatakan dia merupakan dalang untuk menjatuhkan Bella Astillah.

Image via @sarahyasminekh (Instagram)

Tak sanggup tengok Aliff saja yang kena kecam, Sarah dedah sebenarnya si 'R' gunakan Aliff untuk jatuhkan Bella Astillah

Menurut Sarah, pada awalnya dia hanya berkawan dalam media sosial selepas Aliff menceritakan masalah rumah tangganya dengan Bella.

Namun, rasa cinta mula berputik dan mereka menjalinkan hubungan sebagai kekasih. Katanya, sebelum Aliff memulakan sesi penggambaran bersama Ruhainies lagi hubungan mereka sudah terjalin. Malah, dia siap menumpangkan Aliff di rumahnya dalam tempoh kira-kira sebulan.

Sehinggalah kes tangkap khalwat tersebar, Sarah terkejut dan tidak menyangka dirinya juga menjadi mangsa. Tetapi, atas dasar masih sayang, dia kesian melihat hanya Aliff yang menerima kecaman hebat dan bertindak mendedahkan siapa sebenarnya dalang di sebalik semua ini.

Image via @sarahyasminekh (Instagram)

Image via @sarahyasminekh (Instagram)

Image via @sarahyasminekh (Instagram)

Lihat posting penuh di bawah:

Haih, satu-satu cerita terbongkar. Moga Aliff diberi kesedaran atas semua kesalahan yang dia buat selama ini.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment