Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Mengalir Air Mata" - Lakonan Cikgu & Murid Di Minggu Solidariti Palestin Ini Undang Sebak

Terima kasih sebab berani bersolidariti demi Palestin!

Cover image via @wawanoryie (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Umum mengetahui, minggu ini merupakan Minggu Solidariti Palestin di sekolah seluruh Malaysia

Tujuan program solidariti ini diadakan adalah untuk menanamkan nilai-nilai kemanusiaan dan empati dalam kalangan pelajar tanpa mengira bangsa dan agama.

Memandangkan bumi Palestin kini masih diserang oleh Israel, para guru menjalankan tanggungjawab untuk menyampaikan apa yang sedang berlaku di sana kepada anak murid agar mereka cakna dengan keadaan di sana.

Meskipun Minggu Solidariti Palestin sebelum ini mendapat tentangan hebat daripada segelintir individu dan NGO, Kementerian Pendidikan tetap kekal untuk melaksanakan program berkenaan di sekolah dengan garis panduan yang telah ditetapkan.

Image via @wawanoryie (TikTok)

Lakonan semula cikgu dan anak murid situasi di Palestin berjaya buat ramai sebak

Tular sebuah video baru-baru ini memaparkan sebuah sekolah merakam momen lakonan semula cikgu-cikgu dan anak murid di Minggu Solidariti Palestin telah membuatkan ramai mengalirkan air mata.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @wawanoryie, kelihatan para cikgu dan beberapa orang anak murid melakonkan semula situasi yang sedang berlaku di Palestin sekarang.

Dapat dilihat babak menyentuh hati seperti kanak-kanak meninggal dunia akibat dibom oleh rejim Zionis, serta ibu dan ayah menangis sambil mendukung si anak yang sudah tidak bernyawa.

Image via @wawanoryie (TikTok)

Image via @wawanoryie (TikTok)

Image via @wawanoryie (TikTok)

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 1.8M tontonan, 113.7K tanda suka dan 8K perkongsian di TikTok.

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen meluahkan rasa sebak dan turut mengalirkan air mata kerana lakonan mereka sampai ke hati.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Image via @wawanoryie (TikTok)

Image via @wawanoryie (TikTok)

Image via @wawanoryie (TikTok)

Lihat video itu di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment