Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Ingin Beramal & Hulurkan Bantuan Melalui SocioBiz Oleh Alliance Islamic Bank? Ini Caranya

InsyaAllah, pahala puasa akan digandakan. :)

Cover image via OHBULAN!

Artikel ini ditaja oleh SocioBiz Oleh Alliance Islamic Bank.

Ketika kita semua menikmati pelbagai juadah enak berbuka puasa, pernah tak kita terfikir kemungkinan ada insan lain yang hanya makan sekadar sahaja mengalas perut?

Gambar sekadar hiasan.

Image via Google

Namun, mereka tidak pernah menolak rezeki yang diberikan walau sekecil mana.

Begitulah yang dilalui oleh keluarga Puan Aishah, 36, kini menetap di Pasir Mas, Kelantan bersama 3 orang anaknya dan salah seorang daripada anaknya adalah insan kurang upaya

Image via OHBULAN!

Walaupun suaminya, Encik Mustopha bekerja sebagai buruh binaan, pendapatannya ternyata tidak mencukupi kerana upahnya hanya akan dibayar mengikut hari pekerjaan yang tidak menentu.

Oleh itu, Puan Aishah telah memulakan perniagaan kerepek dan kuih-muih secara kecil-kecilan demi membantu suaminya. Namun, dek kerana barangan dan peralatan yang terhad, Aishah hanya mampu mengeluarkan produknya dalam kuantiti yang sedikit.

Image via OHBULAN!

Rezeki tidak pernah salah alamat

Image via OHBULAN!

Pada 27 April yang lalu, Puan Aishah dan keluarga menerima sinar baru dalam kehidupan mereka apabila SocioBiz oleh Alliance Islamic Bank yang diwakili oleh Encik Mohammad Shidek Nazaran, Ketua Jabatan Syariah Alliance Islamic Bank dan wakil Yayasan Noor Al-Syakur (YANAS) berkunjung ke rumah mereka untuk menghulurkan bantuan.

Image via OHBULAN!

Image via OHBULAN!

Kini, Puan Aishah bagai mendapat semangat baru apabila barang dan peralatan diinginkan untuk perniagaannya seperti ketuhar, kuali besar, pengisar dan pelbagai acuan kuih telah diperolehi.

Apa itu SocioBiz oleh Alliance Islamic Bank?

Image via Alliance Islamic Bank SocioBiz

Untuk pengetahuan anda, SocioBiz oleh Alliance Islamic Bank adalah sebuah platform pendanaan patuh syariah yang dilancarkan pada Mei 2019. 

Jadi, SocioBiz memberi peluang kepada anda membantu insan lain dengan misi untuk memberikan perubahan positif dalam kehidupan mereka, terutamanya daripada segi ekonomi dan taraf hidup.

Selain itu, SocioBiz juga bertujuan untuk membantu insan yang memerlukan dengan mempersiapkan mereka dengan sumber dan kemahiran yang sesuai. Kiranya, mereka nanti akan lebih bersedia untuk memulakan perniagaan atau memperbesarkan perniagaan sedia ada.

Image via OHBULAN!

Apakah ciri-ciri istimewa SocioBiz ini?

  1. Penerima akan menerima jumlah keseluruhan kutipan sumbangan (100% daripada jumlah sumbangan)
  2. Alliance Islamic Bank memastikan semua kempen akan menerima sumbangan terus daripada pihak bank
  3. Alliance Islamic Bank akan memadankan sumbangan bank dengan sumbangan yang diterima dari orang ramai (RM 1 setiap RM 1)
  4. Penerima sumbangan dikenalpasti oleh rakan kerjasama Alliance Islamic Bank, iaitu Yayasan Kebajikan Negara (YKN), Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) dan Yayasan Noor Al-Syakur (YANAS)
  5. Penyumbang layak menerima resit pelepasan cukai bagi sumbangan yang dibuat kepada kempen yang dilancarkan (resit akan dikeluarkan oleh rakan kerjasama Alliance Islamic Bank)

Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai program SocioBiz oleh Alliance Islamic Bank? Klik sini.

Semoga dengan program inisiatif daripada pihak SocioBiz oleh Alliance Islamic Bank ini, penerima sumbangan boleh meningkatkan taraf kehidupan mereka dan seterusnya menaiktaraf kehidupan masayarat dengan menyumbang kepada insan yang memerlukan.

Artikel di atas dipetik daripada portal OHBULAN! dan diterbitkan semula oleh SAYS Seismik.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Marilah beramai-ramai kita meringankan beban mereka yang memerlukan

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment