Mengidam Punya Pasal, Suami Layankan Isteri Pesan Pelbagai Menu Makanan Di Kedai Ini
Layankan jelah bang.
Seperti yang kita tahu, wanita mengandung akan ada rasa mengidam mereka
Bagi para suami, permintaan isteri haruslah dituruti pada masa ini. Iyalah, tak naklah isteri kecewa nanti. Tambahan lagi, apabila sedang mengandungkan zuriat mereka bukan?
Macam-macam kerenah isteri mengidam kita boleh lihat dikongsi di media sosial. Sehinggakan 'pening' kepala suami dibuatnya.
Baru-baru ini, tular apabila seorang suami berkongsi kerenah isterinya yang memesan pelbagai jenis menu di kedai makan telah mendapat perhatian ramai.
Lihat video itu di bawah:
Minta suami pesan pelbagai makanan untuk dirasa
Menerusi video tersebut, kelihatan lelaki berkenaan berkongsi kerenah isterinya yang sedang mengidam.
Difahamkan, selama tujuh tahun perkahwinan ini adalah kali pertama dia mendapat permintaan seperti ini daripada isteri.
Wanita itu memesan pelbagai menu makanan dek kerana mengidam sehinggakan si suami 'pening' kepala melihatnya.
Image via @dedi34_yed (TikTok)
"Banyaknya saya yang tengok terus auto kenyang" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka.
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 165.5K views, 3,435 likes dan 90 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @dedi34_yed (TikTok)
Image via @dedi34_yed (TikTok)
Image via @dedi34_yed (TikTok)
Image via @dedi34_yed (TikTok)
Image via @dedi34_yed (TikTok)
Asalkan suami dia dapat tunaikan apa yang isteri dia nak :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment