Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Merupakan Makanan Buruh Kasar, Ini Sejarah Tentang Nasi Kandar Yang Ramai Tak Tahu

Famous sekarang.

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Siapa saja yang tidak suka dengan nasi kandar bukan?

Bayangkan dengan kuah campur berempah, disajikan pula dengan ayam goreng dan papadom, memang menaikkan lagi selera makan.

Seperti yang kita semua tahu nasi kandar sangat terkenal di Pulau Pinang. Namun, kini ia sudah mula dijual di serata negeri dengan keunikan tersendiri.

Ramai yang tidak tahu sebenarnya nasi kandar adalah makanan ruji kaum buruh kasar yang bekerja di pelabuhan pada satu ketika dulu di Pulau Pinang.

Sejarah

Pada satu ketika dulu Pulau Pinang merupakan pelabuhan utama Semenanjung Tanah Melayu dan merupakan pelabuhan yang sangat sibuk serta menjadikan pelabuhan ini tempat sebahagian rakyat mencari rezeki dengan bekerja di sini.

Di samping rakyat berpeluang mencari rezeki dengan menjadi buruh buruh di pelabuhan ini sebahagian lagi mengambil peluang lain penarik beca dan berniaga makanan untuk makanan buruh buruh yang bekerja di pelabuhan ini.

Namun pada hari ini makanan yang popular di Pulau Pinang ini bukan lagi menjadi makanan ruji warga buruh tetapi sudah menjadi makanan orang kaya dengan berbagai lauk pauk mahal yang tidak ada kena mengena dengan asal usul nasi kandar asli.

Image via Vit Daily

Bermulanya nasi kandar

Di sinilah bermulanya nama nasi kandar iaitu diambil daripada peniaga-peniaga nasi yang berniaga secara bergerak menggunakan kayu pengandar dan dua bakul di kandar yang diisi dengan nasi, kari ikan, ikan goreng dan bendi .

Peniaga kandar ini akan tiba di sekitar perlabuhan pada awal pagi kerana pekerja perlabuhan akan selalunya memulakan kerja mereka selepas makan nasi awal pagi sebagai memberi sumber tenaga untuk persiapan mereka bekerja sehingga petang.

Sebab itulah sehingga ke hari ini nasi kandar telah siap sedia dijual pada awal pagi kerana ini adalah tradisi dari dulu lagi apabila ianya di makan oleh para buruh pada awal pagi.

Image via Vit Daily

Gambar sekadar hiasan.

Image via Fun N Taste

Sedapnya kalau dapat nasi kandar sekarang ni :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment