seismik

Auto Kacak Bila Pakai, Ini Asal Usul Penggunaan Songkok Di Malaysia Anda Kena Tahu

Baru tahu.

Cover image via The Perlich Post & The Straits Times

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Songkok merupakan sejenis topi tradisional bagi orang Melayu yang dihasilkan daripada kain kapas, flanel atau baldu

Ia boleh dipakai sebagai pelengkap kepada baju Melayu mahupun pakaian sut Barat yang dipakai untuk menghadiri majlis-majlis tertentu. Songkok ini popular bagi masyarakat Melayu di Malaysia, Singapura, Indonesia dan selatan Thailand.

Namun, tahukah anda dari mana asal usulnya songkok ini? Teruskan membaca kerana kami bakal berkongsi kepada anda sejarah mengenai songkok ini.

Sejarah songkok

Image via Inigeresik

Menurut sumber, songkok dikatakan berasal dari tarbus yang dipakai di Turki pada zaman kerajaan Uthmaniyah, namun lama kelamaan menjadi simbol identiti Islam dan menjadi popular dalam kalangan pedagang India Muslim.

Pengenalan ini dikatakan pakar merupakan duluan kepada pewujudan songkok di Alam Melayu.

Asal usul perkataan songkok

Image via Tourism Johor

Nama ‘songkok’ dipercayai dipinjam daripada nama pakaian adat kaum Bugis dari suku Bone, iaitu Songko’ Recca. Namun Songko’ Recca kebiasaannya diperbuat dari gentian sabut atau pohon palma yang dirajut serta dijalin.

Manakala nama songkok yang kita kenal pada hari ini memang sudah terbuat daripada fabrik yang pada awalnya dilipat, dan dikeraskan sebelum dijahit. Ia dikenali sebagai ‘Getam Bulan atau Songkok Daeng yang berbentuk bulat dan rata di bahagian atasnya.

Penggunaan songkok di Malaysia

Gambar sekadar hiasan.

Image via Buro247

Tahukah anda, di Malaysia, penggunaan songkok telah dimasukkan dalam kelengkapan askar-askar Rejimen Askar Melayu DiRaja dalam Tentera Darat Malaysia sejak penubuhan ia pada zaman British.

Malah, ia turut dilazimkan dalam Polis Diraja negara ini pada upacara-upacara tertentu. Dewan peringkat Undangan Negeri dan peringkat Parlimen Malaysia mewajibkan pemakaian songkok sebagai sebahagian daripada peraturan penampilan semasa bersidang, pengabaian peraturan ini boleh dikenakan hukuman sesuai.

Pada 19 Jun 2008 misalnya Gwee Tong Hiang dari Bentayan dihalau dari Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor kerana tidak mematuhi kod pakaian rasmi yang turut berangkumi bersongkok.

Dekat Malaysia ini pun sudah banyak kita boleh lihat jenis-jenis songkok yang ada bukan. Auto nampak kacak bila pakai :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: