seismik

Lebih Mudah, Ini 12 Senarai Tol Di Lebuh Raya Yang Boleh Guna Kad Debit

Senang lepas ni!

Cover image via FMT & Kosmo

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jika kita melalui lebuh raya bertol, kad Touch n' Go adalah perkara penting yang perlu disediakan

Namun, pasti kadangkala kita pun terlupa untuk tambah nilai kad ini. Sehingga menyebabkan, ia tersangkut dan tidak boleh melalui jalan tol tersebut.

Tetapi, kini tidak perlu risau lagi kerana kerajaan telah mengumumkan pengguna boleh membayar tol menggunakan kad debit atu kredit bermula September ini.

Berikut di bawah adalah 12 tol di lebuh raya yang gunakan kad debit:


- Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH)
- Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE)
- Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA)
- Lebuhraya Baru Pantai (NPE)
- Jambatan Pulau Pinang (JPP)
- Lebuhraya Butterworth – Kulim (BKE)
- Lebuhraya Damansara – Puchong (LDP)
- Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT)
- Lebuhraya Shah Alam (KESAS)
- Terowong SMART
- Lebuhraya Kuala Lumpur – Putrajaya (MEX)
- Lebuhraya Duta – Ulu Klang (DUKE)

Image via Harian Metro

Apa jadi dengan Touch n' Go?

Pasti ramai tertanya, apa yang jadi dengan Touch n’ Go dengan perkembangan baharu ini? Tentu ramai yang akan menggunakan kad debit dan kredit untuk membayar tol bukan?

Namun, jangan risau kerana difahamkan sistem kutipan tol akan memberikan pilihan cara pembayaran tol kepada pengguna selain kaedah pembayaran secara Identifikasi Frekuensi Radio (RFID), kad Touch n' Go dan SmartTag.

Walaupun banyak cara pilihan pembayaran tol, tapi tak salah kan kalau anda ada ‘back up’ andai kata salah satunya tak berfungsi betul tak? Ini juga lebih mudah untuk kita nanti.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Touch n' Go

Senang lah lepas ini dah ada pilihan kad debit :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: