Rugi Besar Kalau Tak Kongsi Rezeki Bersama, Ini Petanda Jika Kucing Datang Kepada Kita
Moga murah rezeki.
Sama seperti manusia, haiwan juga memerlukan makanan untuk meneruskan hidup
Tambahan lagi, jika kita ada haiwan peliharaan seperti kucing, ikan atau sebagainya memang kita tahulah bila nak beri mereka makan betul tak?
Kucing adalah haiwan yang jinak, mudah untuk bergaul dan memberi makanan. Kadangkala mereka tidak kisah dengan makanan yang diberi. Pasti anda pernah melalui situasi berada di kedai makan dan tiba-tiba datang seekor kucing dekat anda bukan?
Tak salah jika kita kita ingin memberi mereka makan, malah ia lebih bagus. Namun, tahukah anda sebenarnya banyak petanda jika kucing datang kepada kita tau. Teruskan baca artikel ini.
1. Rezeki kucing tersebut
Jika kucing datang kepada kita sewaktu makan, Allah SWT sedang memberitahu bahawa sebahagian makanan kita itu adalah rezeki kucing tersebut.
2. Digandakan ganjaran
Allah sedang memberitahu apabila kita memberi makan kepada kucing itu, Allah akan menggantikan kita dengan rezeki yang lebih baik kerana dari satu kebaikan itu, Dia akan balas dengan 10 kali kebaikan dan pahala.
3. Belajar ikhlas
Allah sedang menguji keikhlasan kita dalam berkongsi rezeki dengan makhluk lain seperti haiwan kerana haiwan tidak boleh mengucapkan terima kasih atau membalas pemberian kita.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!