Tak Konfiden Mahu Senyum, Ini Tips Anda Boleh Cuba Untuk Dapatkan Gigi Putih Menawan
Semoga membantu!
Gigi yang sihat adalah sangat penting untuk diri kita
Tambahan pula, kita akan menggunakannya setiap hari ketika mahu makan atau minum. Jadi penjagaan yang betul harus lebih diberi perhatian.
Gigi yang tidak sihat sudah pasti akan membuatkan kita kurang keyakinan diri. Tambahan lagi, jika gigi kita berwarna kuning betul tak? Sampai sanggup tidak senyum sebab takut orang nampak.
Anda tidak perlu risau kerana terdapat beberapa kaedah atau cara putihkan gigi yang boleh dilakukan. Jom lihat di bawah.
1. Baking soda atau serbuk penaik
Pertama, anda boleh menggunakan serbuk penaik ataupun baking soda ketika memberus gigi. Caranya, ambil setengah sudu teh serbuk penaik adalah memadai untuk dicampurkan dengan 2 sudu air biasa dan digunakan ketika memberus gigi.
Ia mempunyai potensi untuk menanggalkan plak-plak degil yang terdapat pada gigi dan perkara ini mampu membantu individu mendapatkan gigi yang lebih putih.
2. Lakukan whitening
Whitening merupakan rawatan gigi dimana doktor gigi tidak akan menghakis permukaan gigi tetapi memelihara permukaan gigi pesakit. Doktor akan membuang karang pada celah gigi menggunakan teknik scaling sebelum meletakkan bahan kimia yang selamat digunakan seperti hydrogen peroxide atau carbamide peroxide untuk melindungi gusi.
3. Selalu flos dan berus gigi
Walaupun gigi kuning biasanya disebabkan oleh peningkatan umur individu, tetapi sebenarnya ia juga boleh berlaku disebabkan pembentukan plak pada gigi.
Memberus dan flos gigi dengan kerap dapat membantu gigi anda untuk kekal putih dengan cara mengurangkan bakteria dalam mulut anda dan mencegah pembentukan plak. Ubat gigi juga berperanan menanggalkan kotoran pada gigi anda, dan flos pula boleh menghilangkan bakteria yang menyebabkan pembentukan plak.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!