seismik

"Masih Relevan" - Ini 6 Petua Kecantikan Orang Dulu-Dulu Yang Masih Diamalkan Sekarang

Power.

Cover image via Santai Sini (Gambar sekadar hiasan) & Rapi

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Siapa saja dalam dunia ini yang tidak mahu nampak cantik dan bergaya, bukan?

Tidak kira bagi lelaki mahupun wanita, setiap orang mempunyai kecantikan diri masing-masing. Namun, untuk mendapatkan sesuatu kecantikan sudah pasti kita perlu menjaga beberapa perkara.

Iyalah, tambahan lagi buat kulit sensitif dan bermacam-macam lagi. Memang susah nak jaga betul tak? Pelbagai petua dan tips kecantikan kita boleh lihat sekarang.

Malah, petua kecantikan pada zaman dahulu pun masih relevan untuk digunakan pada masa sekarang.

Nak tahu apa petuanya? Jom kami kongsikan kepada anda di bawah.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Pesona Pengantin

1. Naikkan seri wajah

Gambar sekadar hiasan.

Image via Kompas

Tahukah anda sebenarnya air basuhan beras dapat menaikkan seri wajah anda. Kebiasaannya, anda semua akan basuh beras anda sebanyak 2 kali. Jadi, simpan air basuhan kali ke-3 itu. Sapukan pada wajah anda dan biarkan ia kering di wajah.

Lebih baik amalkan petua ini 3 kali seminggu.

2. Menghilangkan jerawat dan parut

Gambar sekadar hiasan.

Image via Klik Dokter

Wajah yang berjerawat dan parut sememangnya akan membuat kita merasa kurang yakin apabila berjumpa dengan orang ramai.

Anda mungkin boleh cuba petua orang dulu ini. Caranya ialah ambil sedikit madu asli dan sapukan pada bahagian yang mempunyai parut dan jerawat.

Madu berfungsi sebagai antibakteria yang mampu mengecutkan jerawat. Ia juga mampu menghilangkan kesan gelap akibat parut.

3. Buang sel kulit mati

Gambar sekadar hiasan.

Image via Murai

Petua dulu ada yang mengatakan beras pulut sangat berkesan untuk membuang kotoran seperti minyak, peluh dan debu.

Bukan itu saja, ia juga dapat menanggalkan sel kulit mati. Caranya ialah kisar atau tumbuk beras pulut sampai halus. Kemudian, gosok pada muka dengan lembut. Lakukan seminggu sekali.

4. Kecilkan pori-pori

Gambar sekadar hiasan.

Image via Tribun News

Kaya dengan vitamin A, C dan E, air mawar mampu membuat kulit wajah anda jadi mulus. Ia juga mampu mengecilkan pori-pori di wajah.

Kebiasaannya, air mawar sering digunakan dalam masakan untuk menaikkan aroma hidangan. Anda boleh menggantikannya sebagai pengganti toner, semburkan air mawar pada wajah setiap hari pada waktu pagi dan malam.

Anda boleh menggantikannya sebagai ganti toner, semburkan air mawar pada wajah setiap hari pada waktu pagi dan malam.

5. Kurangkan eye bag bawah mata

Gambar sekadar hiasan.

Image via Cosderm

Zaman dahulu tidak sama seperti sekarang, di mana terdapat pelbagai rawatan kecantikan termasuk untuk menghilangkan eye bag bawah mata.

Jadi, bagaimana orang-orang dulu menjaga kecantikan mata? Caranya ialah menggunakan timun yang dihiris. Kemudian, letakkan di bawah mata.

6. Rambut lebat dan hitam

Gambar sekadar hiasan.

Image via Semuanya JDT

Rambut merupakan mahkota bagi setiap orang tidak lelaki mahupun wanita. Pada zaman dulu, kebanyakan wanita menggunakan minyak kelapa untuk mencantikkan rambut.

Caranya ialah ambil sedikit biji betik yang dikeringkan. Setelah ditumbuk halus, campurkan ke dalam botol yang berisi minyak kelapa. Sapukan pada rambut sebelum mandi. Hasilnya rambut akan menjadi lebih sihat, hitam dan lebat.

Mungkin ada yang masih guna lagi petua-petua sebab berkesan. Anda pun kena cuba! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: