seismik

Rambut Selalu Gugur? Cuba Ikut Petua Tradisional Mudah Ini Yang Mungkin Dapat Membantu

Boleh buat dekat rumah.

Cover image via Santai Sini & Apax Medical

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Masalah keguguran rambut merupakan satu perkara ‘ngeri’ yang mahu dielak oleh semua orang

Tidak kira bagi kaum lelaki atau perempuan. Rambut sudah menjadi sebagai mahkota buat mereka. Malah, bagi wanita bertudung juga perlu ambil berat isu ini.

Ia juga boleh berlaku pada wanita bertudung. Pastilah rasa kecewa bukan bila lihat banyak gumpalan rambut di atas lantai.

Jadi, jom kami nak kongsikan kepada anda antara petua tradisional yang boleh mengurangkan rambut gugur.

1. Air limau nipis

Image via Sinar Harian

Untuk petua pertama, cuba ambil perahan air limau nipis lalu sapukan secara rata pada kulit kepala. Biarkan dalam masa 30 minit kemudian bilas dengan air. Amalkannya selama dua minggu.

2. Guna lidah buaya

Image via Phyts

Langkah seterusnya adalah dengan mengambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Kemudian, basuhkan daun-daun itu sehingga bersih dan kisarkannya sehingga ia hancur.

Kemudian, perap ramuan tersebut di atas kepala anda selama sejam dan bilas. Lakukannya dua kali seminggu.

3. Kulit tembikai

Image via Nurraysa

Selepas anda makan buah tembikai, jangan dibuang kulitnya. Ambil bahagian kulit tembikai lalu gosokkan pada kulit kepala.

Biarkan ia meresap ke kulit kepala lalu tunggu dalam masa 20 hingga 30 minit. Selepas itu, barulah cuci rambut.

4. Avokado

Image via Maskulin

Buah berkulit hijau dengan isi kekuningan ini mempunyai khasiat besar untuk membaiki kerosakan rambut. Ia bukan sekadar mengembalikan kilauan, memperkuat dan membaiki tekstur helaian rambut, malah mengubah rambut kusam menjadi lebih segar dan beralun.

Caranya, lumatkan isi buah avokado bersama pisang. Sapu campuran ini ke kulit kepala dan urut supaya rata. Biarkan ia mengering selama setengah jam. Akhir sekali, bilas dengan syampu.

5. Daun inai

Image via IDN Times

Dari dulu daun inai memang diakui mempunyai banyak khasiat, khususnya dalam merawat masalah rambut serta kulit kepala. Cuba kisar atau tumbuk lumat daun inai dan campur dengan sedikit air untuk menjadi pes.

Ratakan di seluruh kulit kepala dan tutup dengan topi mandi selama tiga jam. Selesai tempoh berkenaan, bilas dengan air bersih dan gunakan perapi. Lakukan langkah ini dua kali seminggu untuk menggalakkan pertumbuhan rambut yang lebih aktif.

Harap selepas amalkan petua ini dapat kurangkan rambut gugur anda. Selamat mencuba!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: