Tempoh Pasport Kurang 6 Bulan, Wanita Kecewa Tidak Dibenarkan Naik Kapal Pelayaran Mewah
Kesian juga dia.
Bercuti ke luar negara sememangnya perkara yang seronok dan mengujakan
Tambahan lagi, jika kita dapat pergi ke negara yang sudah lama kita impikan. Pasti rasa teruja itu membuak-buak dan tidak sabar.
Tidak kisahlah dalam ataupun luar negara, percutian sememangnya perlu untuk kita berehat setelah penat bekerja. Benda paling penting jika mahu bercuti ke luar negara sudah tentunya pasport.
Kalau tiada pasport ini tak bolehlah kita nak bercuti ke luar negara betul tak? Namun, pasport ini ada tempoh dan perlu diperbaharui.
Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang wanita merasa kecewa kerana tempoh laku sah pasportnya ditolak ketika mahu pergi bercuti telah mendapat perhatian ramai.
Lihat video itu di bawah:
Kecewa tak boleh naik sebab tempoh pasport kurang 6 bulan
Menerusi video tersebut, kelihatan wanita itu menangis kerana percutian yang dinantikannya musnah setibanya di Port Klang Cruise Terminal di Pelabuhan Klang.
Difahamkan, dia dan keluarganya jarang bercuti ke luar negara. Malah, dia memilih untuk menaiki kapal persiaran adalah kerana fobia menaiki kapal terbang.
Menurutnya, keluarganya kecuali seorang anak perempuan telah ditahan di pintu perlepasan kerana masalah tempoh sah laku pasport yang kurang daripada 6 bulan. Dia juga mendakwa tidak mengetahui prosedur pasport tersebut yang perlu diperbaharui enam bulan sebelum keluar dari Malaysia.
Dia turut memberitahu tiada taklimat yang diberikan oleh pihak agensi ketika menaiki kapal tersebut selepas membayar tiket berjumlah RM5,000.
"By right the agency should remind their customers before departure" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan pandangan mereka mengenainya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 309.5K views, 5,179 likes dan 1,715 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!