Tapak Kasut Dior Rosak Terkena Pita Pelekat, Pelanggan Ini Minta Ganti Rugi RM4,900
Sayang tu kasut mahal.
Sebagai peniaga kita perlulah lebih berwaspada terhadap kualiti barang yang dijual
Hal ini kerana bagi mengelakkan kompelin daripada pelanggan atau timbul pelbagai isu nanti. Pelanggan berhak untuk menuntut hak mereka jika barangan yang dibeli tidak elok, rosak atau sebagainya.
Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang wanita berkongsi pelanggannya meminta ganti rugi kerana kasut tersebut rosak disebabkan gam yang digunakan sewaktu mengubah hantaran telah mendapat perhatian ramai.
Lihat video itu di bawah:
Bayar ganti rugi pada pelanggan, tapi bila minta resit original tak bagi
Menerusi video tersebut, wanita berkenaan yang membuat servis gubahan hantaran berkongsi tangkap layar WhatsApp antara dia dengan seorang pelanggan.
Difahamkan, wanita berkenaan menggunakan pita pelekat pada tapak tumit kasut berkenaan supaya ia tidak tercabut semasa dulang hantaran di bawa.
Namun, kesan gam yang tidak dapat ditinggalkan pada tapak kasut tersebut menyebabkan pelanggan itu merasa kecewa dan meminta ganti rugi. Malah, wanita itu telah pun meminta maaf kepada pelanggannya.
Enggan memanjangkan isu itu, wanita tersebut terus segera membayar ganti rugi kasut berkenaan yang berharga RM4,900. Dia juga telah meminta resit original kepada pelanggan itu untuk membuktikan ketulenan kasut berkenaan tetapi masih tidak dapat.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Sepatutnya minta resit dulu baru refund sis. Takut Dior shoppee je" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan pandangan mereka mengenainya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 2.8M views, 74.3K likes dan 2,706 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!