seismik

"Siap Kain Batik" - Pembaca Berita Kongsi Pakaian Dibalik Tabir Ini Raih Perhatian Ramai

Oh macam tu je style dia.

Cover image via @the.righthanded (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Menjadi seorang pembaca berita bukanlah perkara yang mudah

Anda perlu cekap dan pantas membaca di samping intonasi suara yang perlu dikekalkan. Pasti ramai di sini yang terlintas untuk menjadi pembaca berita juga kan?

Kita sering lihat mereka ini sangat kemas, kacak dan cantik ketika sedang bersiaran langsung di kaca TV.

Tetapi, lain pula dengan pembaca berita ini apabila dia berkongsi disebalik tabir pakaiannya telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

@the.righthanded Selagi sopan dan tak memudaratkan, asalkan masa on air mesej berita sampai kepada penonton. Tapi ini sangat jarang2 berlaku ye. Mungkin 1% je.. #newsreader #newsanchor #penyampaiberita #style #suits #bajukurung Nasty x Whos That Girl - ARNEL REMIX

Kongsi pakaian sebelum live dekat televisyen

Menerusi video tersebut, kelihatan pembaca berita berkenaan berkongsi pakaiannya sebelum membaca berita di televisyen.

Dapat dilihat dia sudah lengkap dan kemas memakai sut, tetapi di bahagian bawah pula dia dengan santai hanya memakai kain batik saja.

Hal ini kerana, ia tidak nampak bahagian kaki semasa sedang bersiaran langsung.

"Begitulah juga student tiap kali record video present assignment" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan reaksi dan ada juga berkongsi perkara sama.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 601.6K views, 12.8K likes dan 235 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Tak apa yang penting dekat belah atas kemas! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: