Semakin Berkurangan Di Malaysia, Selami Asal Usul Baba Nyonya & Peranakan
Unik masyarakat ini untuk kita ketahui lebih lanjut.
Baba Nyonya sudah tidak asing lagi dalam masyarakat Malaysia
Malah, zaman sekarang masyarakat Baba dan Nyonya ini semakin berkurangan. Namun, ia masih boleh dipelajari sehingga hari ini.
Terutamanya bagi anak-anak muda yang tidak tahu mengenai masyarakat ini. Asal usul mereka dan sebagainya.
Jadi, kali ini kami ingin berkongsi dan mahu membawa anda untuk selami Baba Nyonya dan peranakan ini.
Asal usul peranakan Cina
Masyarakat Baba Nyonya dikenali juga sebagai kaum peranakan dan mereka merupakan kaum minoriti yang dipercayai berasal dari Melaka. Baba dan Nyonya di Melaka adalah Cina Peranakan di mana nenek moyang mereka telah datang dan berkahwin dengan wanita tempatan. Kaum ini kebanyakannya berasal dari wilayah Hokkien, China yang berhijrah ke Melaka 600 tahun dulu ketika Melaka terkenal sebagai pusat perdagangan.
Perkahwinan campur seperti ini telah melahirkan budaya Cina yang unik serta tradisi Melayu. Pada mulanya mereka datang ke Melaka untuk berdagang dan mencari pekerjaan dan berkahwin dengan wanita tempatan di mana anak lelaki dipanggil Baba dan anak perempuan disebut Nyonya.
Mewarisi tradisi Baba Nyonya
Masyarakat Baba dan Nyonya sedikit sebanyak telah mewarisi budaya masyarakat Melayu khususnya. Oleh itu sehingga kini masih ada lagi masyarakat Baba dan Nyonya yang menjadikan amalan dan pegangan masyarakat Melayu dalam kehidupan seharian mereka.
Banyak pantang larang dan kepercayaan masyarakat Melayu telah diasimilasikan dalam kebudayaan masyarakat Baba dan Nyonya. Keadaan ini telah menunjukkan bahawa masyarakat Baba dan Nyonya mirip yang sama dengan masyarakat Melayu.
Pakaian
Kebanyakan mereka berpakaian kebaya dan sarung batik yang diwarisi oleh nenek moyang mereka. Manakala daripada aspek kerohanian dan keagamaan mereka mempunyai banyak persamaan dengan keturunan Cina.
Makanan
Masyarakat ini amat masyhur dengan pelbagai masakan tradisional yang begitu sedap dan menarik yang mempunyai persamaan dengan masakan masyarakat Melayu.
Kebanyakan mereka berpakaian kebaya, sarung dan sebagainya yang merupakan pakaian tradisional nenek moyang mereka.
Mereka makan menggunakan tangan dan masakan gulai adalah menjadi kegemaran masyarakat ini. Masakan seperti masak lemak, asam pedas, dan sambal belacan menjadi kegermaran seharian.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!