seismik

Tiada Siapa Tahu, Ini Kisah Kumpulan Koir Yang Nyanyikan Lagu 'Negaraku' Pada 31 Ogos 1957

Meremang bila terbayangkan saat itu!

Cover image via YouTube Celcom Axiata

Tahukah anda kisah di sebalik lagu ‘Negaraku’ dan kumpulan Koir Merdeka pertama kita?

Image via Twitter

Buat rakyat negeri Perak ataupun mereka yang pernah mendengar lagu negeri tersebut pasti perasan yang kedua-dua lagu itu mempunyai persamaan dari segi melodinya.

Memang benar lagu rasmi negeri Perak, 'Allah Lanjutkan Usia Sultan', telah dipilih menjadi lagu kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu oleh Jemaah Hakim yang pada ketika itu diketuai oleh Bapa Kemerdekaan kita iaitu YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 5 Ogos 1957. 

YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

Image via Wikipedia

Bukan itu sahaja tetapi tune asli lagu kebangsaan kita serta lagu negeri Perak itu pula sebenarnya telah diambil daripada lagu keroncong bertajuk 'Terang Bulan', sebuah lagu yang cukup popular pada masa itu.

Ketika Tanah Melayu diisytiharkan merdeka pada tahun 1957, Tunku Abdul Rahman telah menugaskan penyelia Radio Malaya, Ahmad Merican untuk menubuhkan sebuah kumpulan Koir Merdeka

Ahmad Merican dan Tunku Abdul Rahman.

Image via YouTube Celcom Axiata

Ahmad Merican bersama sahabat baiknya, Tony Fonseka, yang merupakan seorang guru dan konduktor muzik, telah menggalas tugas bagi memimpin Koir Merdeka pertama untuk membuat persembahan sempena pengisytiharan kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957.

Adalah menjadi hasrat besar Tunku Abdul Rahman juga untuk melihat kumpulan koir itu terdiri daripada rakyat Malaya tanpa mengira bangsa, jantina, mahupun latar belakang, sebagai simbol perpaduan di dalam negara. 

Kumpulan Koir Merdeka pertama Malaysia.

Image via YouTube Celcom Axiata

Meskipun tugasan itu mencabar buat mereka berdua, ditambah pula dengan tempoh masa yang agak singkat, namun Ahmad Merican serta Tony Fonseka tetap berjaya merealisasikan impian Tunku Abdul Rahman.

Tunku Abdul Rahman melaungkan 'Merdeka' di Dataran Merdeka.

Image via NST

Kumpulan Koir Merdeka menyanyikan lagu Negaraku buat pertama kali di hadapan rakyat.

Image via YouTube Celcom Axiata

Maka, pada tanggal 31 Ogos 1957, kumpulan Koir Merdeka itu buat pertama kalinya telah menyanyikan lagu 'Negaraku' di depan khalayak rakyat berbilang kaum, sebaik sahaja laungan keramat 'Merdeka' dilafazkan oleh Bapa Kemerdekaan di Dataran Merdeka.

Sempena sambutan Hari Kebangsaan tahun 2019, sejarah ini telah diadaptasikan semula melalui sebuah filem pendek bertajuk ‘Getaran Pertama’ oleh Celcom Axiata

Filem yang memaparkan perjalanan dalam pencarian pasukan koir pertama untuk menyanyikan lagu ‘Negaraku’ itu ternyata mampu menyemarakkan lagi rasa cinta pada negara di samping mengingatkan rakyat Malaysia bahawa perpaduan merupakan asas keharmonian.

Tony Fonseka melatih kumpulan Koir Merdeka.

Image via Options The Edge

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kumpulan Axiata Berhad, Tan Sri Jamaluddin Ibrahim berkata,

"Filem ciptaan Axiata dan Celcom mengenai Koir Merdeka 1957 telah melakar sejarah penting negara meskipun kurang dikenali ramai, kami berbangga untuk berkongsi kisah ini dengan rakyat Malaysia."

Tan Sri Jamaluddin Ibrahim, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kumpulan Axiata Berhad

Image via Google

Lihat filem pendek Getaran Pertama di bawah, pasti tersentuh hati!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in: