seismik

Pelajar MMU Reka Permainan VR 'Chandu', Angkat Leftenan Adnan Sebagai Watak Utama. Tabik!

Kalau sebelum ini Leftenan Adnan diabadikan dalam bentuk tugu, filem, dan novel, kini dalam bentuk permainan video pula!

Cover image via wikipedia & Facebook Cyberjaya Community

Pasti ramai di antara kita yang pernah mendengar nama seorang wira Tanah Melayu semasa perang dunia kedua, Leftenan Adnan

Leftenan Adnan atau nama sebenarnya, Adnan bin Saidi, merupakan seorang anggota tentera dan askar Tanah Melayu dari Briged Infantri 1 yang bertempur dengan Jepun dalam Pertempuran Singapura.

Image via OhBulan!

Beliau dianggap oleh rakyat Singapura dan rakyat Malaysia hari ini sebagai wira disebabkan tindakannya dalam Pertempuran Bukit Candu yang juga menyebabkan kematian pada usia hanya 27 tahun. Nama beliau kini telah diabadikan pada Kenderaan Perisai Tempur (MACV).

Image via Google

Bukan itu sahaja, kisah Leftenan Adnan juga telah diadaptasikan kepada beberapa filem, salah satunya adalah filem Leftenan Adnan lakonan Hairie Othman. Selain itu, novel 'Leftenan Adnan Wira Bangsa' hasil tulisan Abdul Latip Talib pula diangkat sebagai salah satu Komponen Sastera (Komsas) bagi pelajar tingkatan 4.

Kini, dengan kecanggihan teknologi yang ada, kisah Leftenan Adnan boleh didapati dalam bentuk permainan virtual reality (VR)

Permainan Chandu: The Malay Regiment yang direka oleh pelajar-pelajar dari Multimedia University telah mengangkat Leftenan Adnan sebagai watak utama.

Chandu: The Malay Regiment juga dihasilkan khas untuk VR dimana pemain perlu memakai headset VR beserta dengan controller VR sepanjang masa.

Walau bagaimanapun, permainan video tersebut masih lagi dalam pembangunan awal dan kini dalam proses untuk dimasukkan ke dalam platform Stream.

Meskipun begitu, ramai yang menunjukkan keterujaan dan rasa kagum dengan kisah epik Pertempuran Bukit Candu lebih-lebih lagi kerana ianya melibatkan ikon Malaysia/Singapura di samping dihasilkan oleh anak muda tempatan kita sendiri!

Lihat video teaser Chandu: The Malay Regiment di bawah:

Antara komen dari penggemar video games:

Ekoran maklum balas yang diterima, owner kepada Chandu: The Malay Regiment pun tampil mengucapkan rasa terima kasih mereka

Hasil tinjauan juga mendapati bahawa permainan tersebut telah pun memenangi anugerah. Memang power!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Duo tempatan ini pula reka permainan kad ala drama Melayu!

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: