Apa Hukum Jika Tukar Serbuk Milo Kepada Serbuk Coklat Murah? Ini Jawapan Mufti Wilayah
"Islam juga tidak melarang umatnya untuk mendapatkan keuntungan yang tinggi dalam setiap jual beli yang dijalankan. Namun, Islam meletakkan garis panduan yang jelas agar mu’amalah yang dijalankan selari dengan kerangka syariat yang ditetapkan." - Dr Zul, Mufti Wilayah Persekutuan.
Sudah menjadi kebiasaan bagi peniaga untuk mengutip keuntungan dalam setiap perniagaan yang dijalankan. Tidak kira sebesar atau sekecil mana perniagaan tersebut, siapa yang mahu rugi, betul?
Namun begitu, peniaga harus juga tahu bahawa setiap wang yang masuk mestilah datangnya dari hasil yang halal. Oleh itu, peniaga sendiri perlu jujur dan tidak menipu ketika berniaga.
Mana tidaknya, sekarang ini ramai peniaga yang menjual dengan meletakkan harga barangan tinggi melambung namun sebenarnya kos yang ditanggung untuk membeli barang tersebut sangat rendah.
Image via Buletin Online
Janganlah sekadar berfikir tentang untung sahaja ketika berniaga. Fikir juga tentang keberkatan yang bakal diterima.
Baru-baru ini ada yang melontarkan pertanyaan kepada Dr Zul iaitu Mufti Wilayah Persekutuan berkenaan hukum jika tauke kedai makan yang menukar serbuk milo kepada serbuk coklat yang lebih murah
Image via Perak Today
Soalannya berbentuk:
Assalamualaikum Dato’ Seri Mufti. Apakah hukum sekiranya tauke sesebuah kedai makan menukarkan serbuk Milo dengan serbuk Coklat yang lebih murah harganya dalam meningkatkan keuntungan?
Mohon pejelasan Dato’ Seri Mufti. Terima kasih.
Di bawah merupakan jawapan Mufti sendiri yang dipetik dari laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan:
"Menurut Islam, antara syarat sah jual beli ialah saling reda meredai antara penjual dan pembeli." - Dr Zul
Image via Drzulmuftiwp / Facebook
Menurutnya lagi, hukum perbuatan menukarkan serbuk milo dengan serbuk coklat yang lebih murah tanpa pengetahuan pelanggan adalah DILARANG dan BERDOSA.
Ini kerana dengan perbuatan tersebut, akan terdapat unsur penindasan dan kezaliman terhadap hak yang sepatutnya diterima oleh pembeli sebagai imbalan kepada harga pembelian yang dibayar.
Bukan setakat itu sahaja, syarat sah jual beli adalah (penjual dan pembeli) mengetahui secara JELAS barang yang diniagakan tanpa menyembunyikan apa-apa 'aib yang ada pada barangan yang diniagakan itu.
Oleh itu, sekiranya perkara-perkara seperti ini berlaku, maka penjual secara tidak langsung telah menipu dan akad pembelian tersebut jatuh kepada TIDAK SAH.
Image via Pinterest
Oleh itu, pihak Mufti juga telah mencadangkan kepada setiap pengusaha kedai kopi supaya sentiasa bertekad untuk meraih keberkatan dalam mendapat rezeki sebagaimana yang selalu berdoa ketika membaca doa qunut:
:وَبَارِكْ لَنا فِيمَا أَعْطَيْتَ
Semoga penjelasan di atas boleh membuka mata dan minda setiap peniaga untuk memahami syariat Islam dengan lebih baik di masa hadapan
Semoga mudah untuk difahami dan dapat dimanfaatkan bersama ;)
Jangan berniaga sambil 'tunggang' agama ya guys. Tak elok.
Leave a comment