Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Misteri Rangka Warga Emas Dijumpai Lepas 4 Tahun, Jiran Dedah Tiada Bau Busuk

Difahamkan, arwah merupakan guru mengaji kanak-kanak di pangsapuri yang didudukinya.

Cover image via Harian Metro EdgeProp

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Semalam, 10 September 2024, penduduk di sebuah pangsapuri di Kepong gempar dengan penemuan rangka manusia yang dipercayai sudah meninggal dunia kira-kira empat tahun lalu

Menurut laporan Harian Metro, mayat tersebut dipercayai seorang warga emas berumur 74 tahun.

Arwah ditemukan anaknya yang ke rumah berkenaan mencari bapanya yang tidak dapat dihubungi sejak 2020.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, polis menerima laporan daripada lelaki yang juga anak kepada mangsa pada 5 September lalu.

Image via @MalaysiaGazette (X)

"Berdasarkan laporan, pengadu sampai di rumah mendapati pintu dalam keadaan berkunci. Selepas memecahkan pintu kelihatan mayat ayahnya sudah meninggal dunia dalam keadaan hanya tinggal rangka," katanya.

Menurutnya, soal siasat mendapati mangsa tinggal berseorangan selepas bercerai dengan ibu pengadu dan kali terakhir pengadu berhubung dengan bapanya adalah pada 2020. 

Difahamkan, mayat mangsa diserahkan kepada keluarga namun tempoh kematiannya tidak dapat dipastikan.

Jiran dedah tiada bau pelik atau busuk dari rumah, arwah rajin ke surau

Menurut laporan Sinar Harian, arwah dikenali dalam kalangan penduduk pangsapuri berkenaan kerana rajin ke surau untuk solat berjemaah selain mengajar kanak-kanak di situ mengaji.

Namun, seorang penduduk menyifatkan arwah merupakan seorang yang pendiam dan tidak melihatnya sejak beberapa tahun lalu.

"Saya akan selalu lalu depan rumah dia untuk hantar anak ke rumah pengasuh, tetapi untuk beberapa tahun ini tidak melihatnya dan tak pernah pula bau (mayat).

"Mungkin asbab amalan dia, aibnya dilindungi atas amalan yang sering dibuat sewaktu ada di dunia ini," Nurina, 37.

Lampu dan kipas dalam rumah masih terbuka

Sementara itu, Exco Keselamatan Badan Pengurusan Bersama (JMB) pangsapuri berkenaan, Ab Razak Isa berkata, mayat mangsa ditemukan selepas dimaklumkan anaknya bahawa sudah lama tidak bertemu dengan bapanya.

"Pihak JMB mengambil tindakan memecahkan pintu rumah tersebut. Apabila kami masuk, keadaan rumah bersepah dan lebih mengejutkan apabila terdapat rangka manusia terbaring di ruang tamu.

"Ketika itu lampu terbuka dan kipas juga masih berpusing. Saya tengok sekeliling duit milik arwah yang diletakkan berhampiran tilamnya masih ada, jadi saya rasa tiada unsur jenayah," katanya.

Tambah Ab Razak lagi, arwah tidak pernah lewat membuat bayaran yuran penyelenggaraan sebelum kali terakhir dibuat pada September 2021.

Image via Sinar Harian

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment