MOM Perjelas Kad Akreditasi Norza Selepas Tular Bawa Anak & Isteri Ke Paris
Tan Sri Norza Zakaria dirakam duduk bersama isteri dan anaknya di Arena Porte de La Chapelle.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menjelaskan bahawa terdapat peruntukan khas kad akreditasi untuk tetamu pegawai tertinggi mereka di Sukan Olimpik Paris yang sedang berlangsung ketika ini
Menurut laporan, kad akreditasi yang diluluskan oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), tidak sama dengan yang diberikan kepada kontinjen Malaysia, termasuk atlet, jurulatih, dan kakitangan sokongan lain.
Perkara berkenaan mula tular di media sosial selepas Presiden MOM, Tan Sri Norza Zakaria dirakam duduk bersama isteri dan anaknya di Arena Porte de La Chapelle, semasa perlawanan perebutan pingat gangsa antara pasangan beregu lelaki Malaysia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, dengan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dari Denmark.
Aaron-Wooi Yik kemudian memenangi perlawanan itu dengan cara yang menakjubkan apabila menghadiahkan pingat pertama untuk Malaysia pada kempen Paris 2024.
Image via X
Selepas mendapat kritikan ramai di media sosial, MOM berkata, IOC memperuntukkan kad akreditasi khas kepada Menteri Belia dan Sukan, presiden (MOM), dan setiausaha agung, masing-masing kepada tetamu yang menyertainya.
"Peruntukan ini adalah berasingan dari peruntukan kad akreditasi kontinjen.
"Kad akreditasi untuk individu-individu ini juga tertakluk kepada pelbagai had, terutamanya akses ke tempat perlawanan (FOP) dan perkampungan atlet. Yang paling penting, ia tidak membabitkan sebarang pembiayaan kerajaan.
Selain menjadi presiden MOM dan BAM, Norza juga presiden kehormat untuk Badminton Asia, yang bermaksud peruntukannya untuk kad akreditasi tetamu tidak terhad kepada satu sahaja.
Difahamkan, isu kad akreditasi ini mula mendapat perhatian apabila Nova Armada dari Indonesia, jurulatih kepada pemain perseorangan wanita profesional negara, Goh Jin Wei, tidak dapat melakukan ke Paris kerana kad akreditasi yang terhad.
Setiap peruntukan kad akreditasi kontinjen berbeza, bergantung kepada bilangan atlet yang layak berdasarkan merit untuk acara temasya terbesar di dunia itu.
Jin Wei, yang dibantu oleh Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky dan jurulatih beregu wanita, Hoon Thien How semasa perlawanannya dan tidak berjaya melepasi peringkat kumpulan minggu lalu.
Image via Berita Harian
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment