seismik

Pemegang Lesen B1, B2 Yang Sudah Lebih 10 Tahun Kini Layak Memohon Lesen B Penuh

Ia akan bermula pada 1 Oktober depan.

Cover image via Motoqar (Gambar sekadar hiasan) & Berita Harian

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) kelas B1 dan B2 selama lebih 10 tahun layak menyertai program peralihan khas untuk mendapatkan lesen B bermula 1 Oktober depan

Menerusi laporan, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, pemohon perlu memenuhi beberapa syarat yang ditetapkan antaranya menghadiri dan lulus program peralihan serta penyesuaian motosikal berkuasa 500cc ke atas di institut memandu (IM).

Tambahnya, setiap calon akan dikenakan caj perkhidmatan sebanyak RM160 bagi menampung kos operasi terlibat.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Image via Mekanika

"Pemohon perlu menjalani program amali penunggangan, informasi pemanduan selamat dan informasi pengoperasian motosikal berkuasa tinggi untuk tempoh dua jam.

"Melalui program tersebut, pemohon mesti mendapatkan pengesahan tahap keupayaan mengendalikan motosikal berkuasa besar oleh 'Qualified Training Officer' (QTO) di IM.

"Pengesahan ini amat penting bagi memastikan tahap kompetensi dan keupayaan seseorang untuk mengendalikan motosikal berkuasa tinggi demi meningkatkan tahap keselamatan pemanduan individu terbabit," katanya.

Image via Berita Harian

Sementara itu, beliau menjelaskan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini sedang di fasa akhir persiapan bagi memperkenalkan program peralihan khas termasuk melaksanakan semua perubahan sistem dan penyelerasan dengan pihak IM.

Menurutnya, program khas itu tidak mempunyai tempoh masa tamat dan akan diteruskan sehingga dimaklumkan kemudian.

Anthony turut memaklumkan, LMM kelas B1 akan digabungkan dengan kelas B susulan mengambil kira permintaan mendapatkan lesen tersebut terlalu rendah setiap tahun.

Tambahnya, bermula 1 Oktober depan tiada lagi program LMM kelas B1 di IM akan dibuka kepada orang ramai.

"Dengan mendapatkan LMM motosikal kelas B, individu layak memandu semua kuasa cc motosikal dan tidak terhad kepada 499cc ke bawah bagi kelas B1.

"Bagi pemegang lesen B1 sedia ada, mereka akan kekal di kategori berkenaan atau boleh menjalani program khas bagi mendapatkan kelas B sekiranya memenuhi syarat ditetapkan," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: