seismik

Kumpulan The 1975 Disaman RM11 Juta Oleh Penganjur GVF Selepas Kes 'Bercium' Di Pentas

Mereka turut mengeluarkan kata-kata kesat di atas pentas.

Cover image via Samuel Bradley/People & The Guardian

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Penganjur Good Vibes Festival memfailkan saman terhadap kumpulan muzik British, The 1975 dan semua ahlinya secara individu di mahkamah United Kingdom, susulan kontroversi di atas pentas melibatkan vokalis utamanya, Matty Healy, tahun lalu

Hal berkenaan adalah berikutan kata-kata kesat yang dilemparkan oleh penyanyi Matty Healy terhadap undang-undang anti-LGBT di Malaysia.

Ia kemudian diikuti aksi ciuman di atas pentas dengan pemain bass Ross MacDonald yang membawa kepada acara ditutup.

Dokumen mahkamah yang difailkan oleh penganjur Future Sound Asia (FSA) di Mahkamah Tinggi UK mendakwa bahawa The 1975 dan pengurusan mereka menyedari banyak larangan yang perlu dipatuhi oleh kumpulan itu untuk membuat persembahan.

Mereka menegaskan kumpulan itu sebelum ini pernah membuat persembahan di festival berkenaan pada 2016 dan telah dan diingatkan berkali-kali lagi menjelang persembahan kontroversi pada Julai tahun lalu.

Image via Variety

Penganjur saman The 1975 atas kelakuan yang 'biadap'

Menerusi laporan Variety, pihak penganjur festival telah menyaman £1.9 juta (RM11.26 juta) selepas kelakuan kumpulan berkenaan yang menyebabkan festival itu dibatalkan.

Tuntutan itu menyatakan bahawa Jawatankuasa Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) pada mulanya menolak permohonan kumpulan tersebut untuk membuat persembahan kerana artikel pada tahun 2018 ada menulis tentang ketagihan dadah Matty Healy dan pemulihan seterusnya.

Namun, permohonan kemudiannya dibenarkan selepas kumpulan berkenaan membuat rayuan dan menjanjikan Healy akan mematuhi "semua garis panduan dan peraturan tempatan."

Malah, kumpulan itu juga merancang untuk membawa sebotol wain ke atas pentas bersebelahan kit dram utama supaya Healy "boleh mendapat akses mudah."

Berikutan kes 'ciuman' di atas pentas, pegawai PUSPAL kemudian telah mengarahkan kumpulan tersebut menghentikan persembahan mereka di mana Healy "sangat agresif" terhadap mereka.

Tuntutan mahkamah mendakwa, dia telah "memaki hamun mereka dan orang lain" sehingga dia terpaksa dihalang oleh pengurusnya.

Image via The Telegraph

Sehari selepas persembahan, lesen penganjur telah dibatalkan termasuk baki dua hari festival muzik berkenaan.

Sejurus selepas meninggalkan festival itu, tuntutan mahkamah menyatakan, kumpulan berkenaan dan pengurusan mereka telah "bergegas ke hotel mereka" untuk mengambil bagasi supaya boleh meninggalkan negara ini pada pagi berikutnya secepat mungkin kerana mereka sedar persembahan telah melanggar undang-undang Malaysia.

Difahamkan, kumpulan itu masih belum memfailkan pembelaan terhadap tuntutan mahkamah. Seorang wakil untuk 1975 enggan mengulas.

Matty Healy.

Image via Variety

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: