seismik

Wanita Kongsi Bahaya & Apa Akan Jadi Jika Anda Tinggalkan Laptop Kejap Di Tempat Awam

Seram macam ni.

Cover image via @xxnfshmsrh (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sekarang ini banyak kes godam kita boleh lihat melalui peralatan peranti pintar seperti, komputer, tablet, telefon bimbit dan sebagainya

Sememangnya ini sangat berbahaya untuk diri kita. Penggodam kini boleh dikatakan lebih maju menggunakan alat yang ada untuk menggodam peranti kita.

Malah, apatah lagi jika kita tertinggalkan peranti kita di tempat awam, peluang untuk hilang dan digodam itu sangat tinggi.

Seperti sebuah video di TikTok ini yang berkongsi apa akan jadi sekiranya peranti anda digodam telah mencuri tumpuan.

Penggodam boleh akses kamera peranti anda dengan mudah

Menerusi video tersebut, seorang wanita berkongsi apa akan jadi jika anda meninggalkan komputer riba anda di tempat awam.

Ditanganya dia ada memegang satu pendrive yang mengandungi virus di dalamnya. Dia kemudian menunjukkan apa akan jadi sekiranya pendrive itu dimasukkan ke dalam komputer riba berkenaan.

Tidak sampai beberapa saat, dia sudah boleh menggodam komputer riba tersebut. Apa yang paling menakutkan adalah dia siap boleh mengakses kamera di komputer riba terbabit.

Lihat video itu di bawah:

Jangan tinggalkan peranti korang merata-rata ya, bahaya!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: