seismik

Teruja Selepas Lama Berpisah, Si Anak Buat Surprise Pergi Tempat Kerja Baru 'Uncle Mamak'

Suka dia ya.

Cover image via @moonlightflower7_ (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Rakyat Malaysia dan kedai mamak memang berpisah tiada

Restoran mamak ini kebiasaannya menjadi pilihan ramai kerana banyak pilihan makanan di samping waktu operasinya yang lebih panjang berbanding kedai makan biasa.

Sehinggakan kadangkala pekerja di situ juga sudah kenal dengan kita betul tak? 

Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi anaknya akhirnya bertemu dengan pekerja kedai mamak kegemarannya telah menarik perhatian.

Sudah berkenalan hampir empat tahun

Menerusi video tersebut, wanita berkenaan memberitahu anaknya ada rapat dengan seorang pekerja di kedai mamak yang sering dikunjunginya.

Difahamkan, mereka sudah berkenalan selama hampir empat tahun dan pasti akan bertegur jika dia sekeluarga datang ke kedai berkenaan.

Namun, pekerja tersebut dikatakan sudah berpindah ke cawangan yang lain membuatkan anaknya tertanya-tanya keberadaan uncle mamak kegemarannya itu.

Selepas mendapat tahu cawangan kerja baru uncle mamak tersebut, wanita itu dan suaminya membawa anak mereka pergi ke kedai berkenaan.

Anaknya dilihat teruja selepas sekian lama tidak berjumpa dengan pekerja tersebut.

Lihat video itu di bawah:

@moonlightflower7_ Cerita Luth N “Uncle Mamak”, Dorg kenal rapat dah almost 4 tahun.. Itu dia tertanya2 #fypgirl Kembalikan Senyumku by Bima - B1m4

Masing-masing nampak macam rindu kan :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: