seismik

Isteri Sanggup Potong Kemaluan Suami Lepas Dapat Tahu Berkahwin Lagi Tanpa Pengetahuannya

Difahamkan, dia tidak dapat menerima kenyataan bahawa suaminya berkahwin lagi.

Cover image via Sinar Harian & Ayo Medan (Gambar sekadar hiasan)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang lelaki berdepan detik cemas selepas dia memberitahu isterinya dia sudah berkahwin lagi

Tindakan lelaki berkenaan mengundang padah apabila wanita itu bertindak untuk memotong kemaluannya.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di rumah mereka di Kecamatan Bayung Lencir, Sumatera Selatan.

Menurut sumber, insiden itu bermula apabila mangsa mendedahkan bahawa dia sudah berkahwin lagi tanpa pengetahuan isterinya. Perkara tersebut membawa kepada pertelingkahan mulut yang panjang.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Wolipop

"Pada malam itu saya minta dia ceraikan saya atau dia ceraikan isteri mudanya, tetapi dia tidak mahu kerana madu saya itu sedang mengandung.

"Selepas itu, saya terima sahaja kerana memikirkan nasib tiga anak saya jika diceraikan, kemudian suami meminta saya menelefon wanita itu dan saya lakukan dan maklumkan kepadanya bahawa saya merestui hubungan mereka," katanya.

Tambah wanita berkenaan, selepas bangun dan solat Subuh dia kemudiannya menangis dan tidak dapat menerima kenyataan bahawa suaminya berkahwin lagi.

"Saya secara spontan mengambil alat pemotong, kemudian mengerat kemaluannya ketika dia sedang tidur," katanya.

Image via Sinar Harian

Bagaimanapun,  suaminya dilaporkan masih selamat kerana telah mendapat pertolongan daripada orang tuanya.

Susulan daripada kes tersebut pada 23 Julai, wanita yang dikenali sebagai Lisa Yani itu bakal dikenakan hukuman penjara tiga tahun dan lima bulan jika disabit kesalahan.

Hakim Mahkamah Negeri Muba, Hakim Silvi Ariani berkata, wanita itu bakal dijatuhkan hukuman berkenaan kerana melanggar Seksyen 44 Ayat (2) Undang-Undang Indonesia Nombor 23 Tahun 2004 mengenai keganasan dalam rumah tangga.

Beliau berkata, hukuman berat dikenakan selepas mengambil kira keadaan mangsa, Rian Hidayat yang mengalami cacat kekal kerana tindakan suspek.

Malah, beliau menambah suspek mungkin dikenakan hukuman yang lebih ringan selepas mengambil kira pendamaian antara kedua-dua mereka selain status pelaku yang masih isteri kepada mangsa. 

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: