seismik

Dibayar RM9 Juta Untuk Satu Lagu, Celine Dion Bakal Tampil Buat Persembahan Di Olimpik

Belum ada kenyataan rasmi daripada penganjur mengenai persembahan mereka.

Cover image via Juwai Asia & Variety

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Penyanyi legenda pop terkenal dunia Celine Dion dikhabarkan akan tampil kembali di upacara perasmian Sukan Olimpik Paris

Menurut laporan TMZ, penyanyi berusia 56 tahun itu didapati mendaftar masuk di hotel mewah Royal Monceau di Paris Isnin lalu.

Celine sebelum ini mengakui menjadi impiannya kembali ke Paris dan melihat semula Menara Eiffel. Difahamkan, Celine turut dilaporkan bakal dibayar AS$2 juta (RM9.34 juta) hanya untuk satu lagu pada persembahannya awal pagi Sabtu ini.

Image via Today

TMZ melaporkan penyanyi yang terkenal dengan lagu 'My Heart Will Go On' itu kini bertambah sihat selepas berjuang melawan penyakit dihadapinya.

Bagaimanapun, masih tiada pengumuman rasmi setakat ini walaupun Presiden Peranics Emmanuel Macron memberitahu stesen penyiaran France 2 yang beliau sangat gembira jika Celine dapat bersama pada upacara perasmian.

Image via Nbc

Sebelum ini Celine terpaksa melupakan seketika karier nanyiannya pada 2022 selepas didapati menghidap penyakit jarang berlaku Sindrom Stiff Person, yang turut didedahkan dalam video dokumentarinya I Aam: Celine Dion.

Malah, beliau bukanlah asing dengan temasya Olimpik. Beliau sebelum ini menyanyikan lagu The Power Of The Dream pada Sukan Olimpik Atlanta 1996 yang disaksikan 3.5 bilion penonton seluruh dunia.

Seorang lagi penyanyi terkenal Lady Gaga turut menginap di hotel Royal Monceau dan dia turut dilapor bakal sepentas dengan Celine.

Namun, belum ada kenyataan rasmi daripada penganjur mengenai persembahan mereka kerana semuanya masih rahsia sehingga ke saat perasmian awal pagi Sabtu ini.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: