Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Mufti Saran Hentikan Perbuatan Merenjis 'Tepung Tawar' Pada Kenderaan Untuk Elak Musibah

Benda macam ini pun ada.

Cover image via @ricxxxkiddo (X) My Wilayah

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Upacara merenjis air atau 'menepung tawar' kenderaan dengan niat mahu menghindar daripada musibah termasuk kemalangan perlu dihentikan

Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, ia berikutan tindakan itu adalah perlakuan sia-sia yang tidak berfaedah selain merupakan perbuatan membazir.

"Jika upacara itu disertai kepercayaan bahawa ia mampu menghindar musibah, penganiayaan manusia atau jin, maka hukumnya adalah haram.

"Menurut ajaran Islam, tiada yang memberi manfaat atau mudarat melainkan Allah SWT sahaja, jadi umat Islam dikehendaki memohon kepada-Nya sahaja bagi mendapat rezeki, kejayaan dan sebagainya," katanya kepada Harian Metro.

Ia selepas tularnya beberapa buah video di laman sosial yang menunjukkan upacara berkenaan.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.

Image via Harian Metro

Renjis air pada kereta untuk elak daripada terkena musibah

Beliau mengulas mengenai video tular di media sosial memaparkan beberapa individu merenjis air terhadap sebuah kereta dipercayai bagi menghindar musibah dan dianggap netizen sebagai khurafat.

Malah, perbuatan itu sebaiknya perlu dihentikan jika niat bagi menghindari sesuatu keburukan atau kemudaratan.

Tambahnya, ia berikutan tidak berlaku sesuatu kejadian melainkan dengan ketentuan dan kehendak Allah SWT belaka.

"Bagaimanapun agama Islam menyuruh umatnya berikhtiar dan berusaha bagi melindungi diri daripada penyakit atau bahaya dengan mengelak sebab yang boleh membawa penyakit dan kemudaratan.

"Dalam sebuah hadis muttafaq 'alaih (Al-Bukhari dan Muslim), bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, 'tiada jangkitan penyakit (yang berlaku sendiri), tiada sial pada burung hantu dan bulan Safar'.

"Sesiapa yang percaya elemen ini boleh mendatangkan manfaat bagi dirinya atau dapat menyingkir kemudaratan terhadap diri, maka sesungguhnya dia sudah melakukan syirik kepada Allah SWT," katanya.

Lihat video itu di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment