"Tak Larat Dah Nak Jaga" - Ramai Nasihat Individu Di X Ini Tidak Hantar Anak Pada Ibu Bapa
Penat tau jaga budak ni.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bagi suami isteri, anak-anak merupakan anugerah paling terindah dalam hidup mereka
Selain kita yang gembira sudah tentu ahli keluarga lain juga turut gembira dengan kehadiran insan baru ini.
Pasti ibu bapalah antara insan paling excited bila dapat tahu akan dapat cucu betul tak? Adalah peneman dan boleh main bersama di kala kebosanan.
Namun, itu semua tidak bererti kita boleh mengambil kesempatan atas mereka. Tambahan lagi jika mereka sudah pencen atau memang duduk di rumah. Itu bukan tiket untuk kita menyuruh agar mereka menjaga anak-anak kita.
Individu minta pandangan mahu hantar anak di mana
Menerusi sebuah posting di laman X, seorang individu telah meminta pendapat orang ramai sama ada untuk menghantar anaknya di tempat pengasuh ataupun pada ibu bapanya.
Soalannya itu ternyata mendapat reaksi ramai dan meminta agar dia memikirkan sebelum menghantar kepada ibu bapanya.
Hal ini kerana ibu bapa sudah tua dan mungkin sudah tidak terdaya untuk menjaga cucu mereka sendiri.
Namun, individu berkenaan menerangkan bahawa dia faham akan situasi itu dan mahu mengupah pembantu rumah di rumah ibu bapanya untuk menjaga anak mereka.
"Orang tua nak berehat dah tua tak daya dah nak melayan kanak-kanak ni" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka dan memberi pandangan mengenai isu itu.
Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan telah meraih 282 repost, 705 likes dan 67 reply di laman X.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di laman X:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!