"Muka Kesian" - Budak Kena Soal Ayah Selepas Balik Sekolah Buat Ramai Ikut Cuak
Garang sangat ayah dia ni.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Bergelar seorang ibu bapa memang banyak cabarannya dalam mendidik anak-anak
Bukan mudah untuk mendidik anak-anak kita supaya menjadi lebih disiplin dalam menuntut pelajaran. Kadangkala, ada ibu bapa yang bersifat tegas supaya anak-anak mereka takut.
Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok yang memaparkan seorang ayah menyoal anaknya dengan garang telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Saja soal anak lepas balik sekolah tengok dia fokus ke tak dalam kelas
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang ayah sedang merakam gelagat anaknya pulang dari sekolah.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila cara ayahnya menyoal anaknya dengan garang dan tegas. Dia siap menyuruh anaknya menyebut satu hingga sepuluh dalam Bahasa Arab sebelum membenarkan anaknya masuk ke dalam rumah.
Mujur, anaknya berjaya mengira dalam Bahasa Arab. Reaksinya sambil memegang air Milo itu buatkan ramai ikut kesian.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Kalau aku kena tanya dengan nada macam ini mau lupa apa yang belajar dekat sekolah" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.5M tontonan, 150K tanda suka dan 2K komen di TikTok, rata-rata netizen turut bersimpati dengan mimik muka budak itu. Malah, ramai yang memberikan pelbagai reaksi.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @hazuanhazmi (TikTok)
Image via @hazuanhazmi (TikTok)
Image via @hazuanhazmi (TikTok)
Kalau min kena macam ni, min auto nangis! :'(
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment