[VIDEO] Pasangan Melayu Buat Wedding 'Budaya Cina', Siap Ada Tarian Singa Jadi Perhatian
Siap pakai pakaian tradisional Cina, cantik!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Hari perkahwinan sudah tentu merupakan hari bahagia untuk kedua-dua pasangan suami isteri
Selain dapat menjalinkan hubungan yang sah, majlis keraian juga dilaksanakan sebagai tanda syukur. Tidak dinafikan, macam-macam impian pasangan pengantin semasa ingin membuat majlis sanding.
Baru-baru ini, tular sebuah video di Facebook yang memaparkan pasangan Melayu membuat majlis sanding ala budaya Cina telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Buat kenduri seperti budaya Cina, siap ada Tarian Singa
Menerusi video berkenaan, kelihatan pasangan pengantin sedang berarak masuk ke dalam dewan untuk majlis persandingan mereka.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila pasangan pengantin Melayu itu cuba mengadakan konsep persandingan ala budaya Cina. Mereka juga dilihat memakai baju tradisional Cina yang berwarna merah.
Sedang asyiknya mereka berarak ke atas pelamin juga disambut dengan Tarian Singa dan bunyi gendang. Konsep majlis persandingan mereka ternyata telah menarik perhatian ramai.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Only in Malaysia, multicultural!" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 2K tontonan, 20 tanda suka, 50 komen dan 24 kongsian di Facebook, rata-rata netizen turut terpegun dan teruja.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Facebook:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!