"Caras Job" - Lelaki Nyanyi Tapi Suara Persis Faizal Tahir Buat Penyanyi Itu Terlopong
Habislah Faizal Tahir.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Sesetengah orang memang mempunyai bakat menyanyi yang terpendam
Kebiasaannya, apabila mereka bernyanyi, suara mereka memang sedap. Suara mereka kadangkala merdu persis penyanyi sebenar.
Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang lelaki mempunyai suara merdu seperti Faizal Tahir telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Nyanyi lagu 'Gemuruh' sampai Faizal Tahir sendiri pun melopong
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki sedang menyanyi di sebuah acara yang berlangsung di Giant.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila suaranya menyerupai penyanyi sebenar yang ada di situ iaitu Faizal Tahir. Apabila dia bernyanyi, penyanyi sebenar itu tersenyum seolah-olah tidak percaya suara mereka seakan-akan sama.
"Habislah lepas ni member takda job" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 327K tontonan, 46K tanda suka dan 100 komen di TikTok, rata-rata netizen turut terpegun mendengar suaranya.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!