seismik

"Jumpa Dekat Syurga" - Aksi Budak Sayang Nak Lepaskan Lembu Untuk Dikorban Curi Tumpuan

Sedih pula tengok.

Cover image via @thegoreng (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik. 

Hari Raya Aidiladha dikenali sebagai Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji

Tradisi semasa Hari Raya Aidiladha melibatkan penyembelihan daging lembu untuk diberikan kepada keluarga, saudara dan orang miskin. Oleh sebab itu, ramai yang korbankan lembu peliharaan mereka untuk amal ibadah. 

Sama seperti video yang tular di TikTok apabila seorang budak merelakan lembunya dikorban namun dia sempat memeluk lembunya dan bersedih telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Peluk berkali-kali sebab sayang nak lepaskan lembu peliharaan

Menerusi video berkenaan, kelihatan sesi pemyembelihan lembu sedang dilakukan di sebuah kampung semasa Hari Raya Korban.

Sementara itu, kelihatan seorang budak lelaki berdiri sebelah lembunya sambil merasa sedih. Dia dilihat memeluk lembunya itu berkali-kali sebelum dilepaskan untuk dikorban. Budak lelaki itu akhirnya rela berkorban lembu kesayangannya untuk orang ramai.

"Haiwan itu akan datang di hari akhirat dan menjadi saksi untuk amal ibadah kita" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.1M tontonan, 188K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut merasa sedih melihat gelagat budak itu. Malah, ramai yang memberikan nasihat baik kepadanya. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Tak apa dik, memang perit rasa tapi besar pahala adik dapat. Good job!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: