"Mulianya Hati Adik" - Video Pelajar Sekolah Suapkan Rakan OKU Sentuh Hati Ramai
Kawan yang baik.
Setiap orang mempunyai keistimewaan masing-masing pada diri mereka
Tidak semua yang lahir itu sempurna tubuh badan mereka. Namun, siapalah kita mahu menentukan takdir. Malah, mereka ini adalah insan yang kuat kerana mensyukuri nikmat Tuhan.
Contohnya seperti Orang Kelainan Upaya OKU, mereka adalah seseorang yang mempunyai ketidakupayaan jangka masa panjang dari segi fizikal, mental, intelektual atau pancaindera yang apabila berhadapan dengan pelbagai halangan mungkin tidak dapat melibatkan diri sepenuhnya.
Tular sebuah video di Twitter apabila rakaman seorang pelajar menyuap makan pada rakan OKUnya telah menyentuh hati ramai.
Lihat video itu di bawah:
Bantu suapkan makanan untuk rakan OKU masa rehat
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang individu berkongsi rakaman ketika sesi rehat di sebuah sekolah.
Dapat dilihat seorang pelajar sedang menyuap rakannya yang kurang upaya sedang makan. Perkara itu membuatkan ramai netizen terharu dan tersentuh melihatnya.
Image via @ric_callmeric (Twitter)
"Ala sedihnya, semoga berjaya dunia akhirat adik-adik sekalian" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan kata-kata pujian dan semangat buat mereka.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 193.9K views, 7,877 retweets dan 17.3K likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:
Image via @ric_callmeric (Twitter)
Image via @ric_callmeric (Twitter)
Image via @ric_callmeric (Twitter)
Auto sebak tengok mereka berdua. Comel je :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment